CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Jatuh Dari Tingkat 5 Hotel Di Tanjung Aru

22-4-2023 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1238| Komen: 14

Lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu sebuah bangunan hotel di Tanjung Aru di Kota Kinabalu dalam kejadian 6.10 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 petang dan sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.



Lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah hotel di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. - Foto Bomba

"Sebaik tiba, mangsa ditemui di beranda tingkat satu bangunan berkenaan selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat lima.

"Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa mangsa turun," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).


"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada 6.42 petang," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 22-4-2023 10:00 PM
sian yg kerja kt hotel tu...
Quote dua_chzy 22-4-2023 10:44 PM
Oh sini.

Dulu yang budak umo 12 ka 13 jatuh @ bunuh diri pun sini kan? Apsal jadik tempat bunuh diri lak tempat ni?
Quote kakikuDibibirmu 22-4-2023 10:49 PM
Terjatuh tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Quote dua_chzy 22-4-2023 10:57 PM
Ni hotelnya dek. Screenshot_20230422_225441_Agoda.jpg

Check out Megah D'Aru Hotel on Agoda: http://www.agoda.com/sl/4c31c189418

Agoda kasik 7.6 rating.

Kalah judi ka mangsa? Ka dikejar along ka?
Quote dua_chzy 22-4-2023 10:58 PM
Camna mangsa tu pi bukak cermin terjun tiruk kat bawah tu? Hotel memang bodo tak kunci cermin or how?
Quote sukacactus 23-4-2023 06:46 AM
Tingkat 5 tu dia naik ats bumbung ke
Tgk pic hotel tu 4 tingkat je
Quote JunkMail 23-4-2023 07:55 AM
Nak bunuh diri kat hotel je..
Quote ezacbee 23-4-2023 08:30 AM
Kesian. Dah nekad tu.
Quote krustykrab 23-4-2023 08:35 AM
dua_chzy replied at 22-4-2023 10:57 PM
Ni hotelnya dek.

Check out Megah D'Aru Hotel on Agoda: http://www.agoda.com/sl/4c31c189418

Ingatkan 5*
Quote dua_chzy 23-4-2023 08:42 AM
krustykrab replied at 23-4-2023 12:35 AM
Ingatkan 5*

Tak, hotel buruk2 ja.
Quote straycat 23-4-2023 06:13 PM
Kalau ikut Bahasa Melayu, tingkat bermula dari Tingkat 1 (yakni tiada Tingkat Bawah), jadi betullah tingkat atas sekali itu Tingkat 5.
Quote straycat 23-4-2023 06:15 PM
Untuk mengurangkan kekeliruan, sesetengah bangunan tak guna concept floor / tingkat, sebaliknya guna konsep level / aras.

First floor = Tingkat 2
Level 1 = Aras 1
Quote doridori_hi 23-4-2023 07:54 PM
Dia terjun mcm tu kiranya settle dah hal kt dunia ni...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.110844 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top