Lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu sebuah bangunan hotel di Tanjung Aru di Kota Kinabalu dalam kejadian 6.10 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 petang dan sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.
 Lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah hotel di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. - Foto Bomba
"Sebaik tiba, mangsa ditemui di beranda tingkat satu bangunan berkenaan selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat lima.
" asukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa mangsa turun," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada 6.42 petang," katanya.
Sumber: BH Online |