90 peratus anggota dan pegawai polis akan terus bertugas sepanjang sambutan Aidilfitri di ibu negara. Pemangku Ketua Polis Negara, Datuk Yahaya Othman berkata, orang ramai yang pulang ke kampung pula dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak polis menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) atau terus ke balai berdekatan.
"Di Kuala Lumpur hanya 10 peratus anggota dibenarkan bercuti manakala yang lain akan menjalankan tugas untuk syif masing-masing memastikan keselamatan terkawal. "Kepada yang keluar berhari raya pastikan rumah dalam keadaan selamat dan pintu ditutup rapat…pastikan perkakas elektrik dipadam bagi mengelak kebakaran. "Maklumkan pada pihak polis berkenaan pergerakan supaya mudah untuk kita hubungi," katanya pada sidang media program High Profile Policing di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini.
Beliau berkata, dianggarkan kira-kira 30,000 pengguna membanjiri terminal bas berkenaan sejak semalam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Katanya, lebih 1,000 bas ekspres berulang-alik ke destinasi di utara, selatan dan timur dari TBS menjelang Aidilfitri yang dijangka jatuh antara Jumaat atau Sabtu ini. Sementara itu Yahaya berkata, dianggarkan lebih sejuta kenderaan bergerak keluar dari ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. "Saya nasihatkan kepada semua pemandu yang membuat perjalanan jauh supaya berhati-hati dan pastikan diri dalam keadaan sihat. "Terutama pemandu bas pastikan dalam keadaan sihat kerana mereka membawa penumpang-penumpang yang balik ke kampung. Pastikan bas dalam keadaan baik," katanya. Sumber: Harian Metro
|
sharlenetexas: Mcm tak pernah dgr nama yahaya ...
Di Kuala Lumpur hanya 10 peratus anggota dibenarkan bercuti
Decaffeinated replied at 20-4-2023 09:14 AM
Tajuk tak sebut pun di KL.
btw, hire lah lebih ramai polis cina india serani iban kadazan. Baru na ...
mikasa replied at 20-4-2023 09:20 AM
Kena naikkan gaji baru orang cina minat masuk polis.
Org borneo dah byk insentif pun masih kurang ...
sharlenetexas replied at 19-4-2023 11:26 PM
Why pemangku kpn?
cmf_almondpecan replied at 20-4-2023 10:29 AM
Pemangku Ketua Polis KL sebelum ni. Sekarang jadi KP Pahang naik pangkat ke CP.
sharlenetexas replied at 20-4-2023 02:12 PM
Tuan haily naik pangkat jd kpkl.
mikasa replied at 20-4-2023 01:20 AM
Kena naikkan gaji baru orang cina minat masuk polis.
Org borneo dah byk insentif pun masih kurang ...
wirazam replied at 20-4-2023 01:27 AM
Org Borneo mmg minat tapi itulah..tak lepas kelayakan pulak..tiba tiba teringat kes gadis tagap du ...
ADVERTISEMENT