CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 769|Reply: 16

90 Peratus Anggota Polis Tak Beraya

[Copy link]
Post time 19-4-2023 11:22 PM | Show all posts |Read mode
90 peratus anggota dan pegawai polis akan terus bertugas sepanjang sambutan Aidilfitri di ibu negara.


Pemangku Ketua Polis Negara, Datuk Yahaya Othman berkata, orang ramai yang pulang ke kampung pula dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak polis menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) atau terus ke balai berdekatan.




YAHAYA beramah mesra dengan penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan. FOTO Aizuddin Saad.




"Di Kuala Lumpur hanya 10 peratus anggota dibenarkan bercuti manakala yang lain akan menjalankan tugas untuk syif masing-masing memastikan keselamatan terkawal.


"Kepada yang keluar berhari raya pastikan rumah dalam keadaan selamat dan pintu ditutup rapat…pastikan perkakas elektrik dipadam bagi mengelak kebakaran.


"Maklumkan pada pihak polis berkenaan pergerakan supaya mudah untuk kita hubungi," katanya pada sidang media program High Profile Policing di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini.


Beliau berkata, dianggarkan kira-kira 30,000 pengguna membanjiri terminal bas berkenaan sejak semalam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.


Katanya, lebih 1,000 bas ekspres berulang-alik ke destinasi di utara, selatan dan timur dari TBS menjelang Aidilfitri yang dijangka jatuh antara Jumaat atau Sabtu ini.


Sementara itu Yahaya berkata, dianggarkan lebih sejuta kenderaan bergerak keluar dari ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.


"Saya nasihatkan kepada semua pemandu yang membuat perjalanan jauh supaya berhati-hati dan pastikan diri dalam keadaan sihat.


"Terutama pemandu bas pastikan dalam keadaan sihat kerana mereka membawa penumpang-penumpang yang balik ke kampung. Pastikan bas dalam keadaan baik," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Why pemangku kpn?


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tak pernah dgr nama yahaya ni kt es.


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas: Mcm tak pernah dgr nama yahaya ...

Es selalu up kan pulis korup jer..[em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 09:14 AM | Show all posts
Di Kuala Lumpur hanya 10 peratus anggota dibenarkan bercuti

Tajuk tak sebut pun di KL.

btw, hire lah lebih ramai polis cina india serani iban kadazan. Baru nanti senang nak raya.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 20-4-2023 09:14 AM
Tajuk tak sebut pun di KL.

btw, hire lah lebih ramai polis cina india serani iban kadazan. Baru na ...

Kena naikkan gaji baru orang cina minat masuk polis.

Org borneo dah byk insentif pun masih kurang sambutan. Yang ramai org belah pantai timur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2023 09:24 AM | Show all posts
Sepatutnya: 90% polis tidak bercuti pada hari raya, bukan tak beraya...Kalau kau syif malam, siang tu still boleh beraya
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 20-4-2023 09:20 AM
Kena naikkan gaji baru orang cina minat masuk polis.

Org borneo dah byk insentif pun masih kurang ...

Org Borneo mmg minat tapi itulah..tak lepas kelayakan pulak..tiba tiba teringat kes gadis tagap dulu...kat Sabah kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 10:18 AM | Show all posts
tabahkn hati jer la kawin ngn polis..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 10:29 AM | Show all posts

Pemangku Ketua Polis KL sebelum ni. Sekarang jadi KP Pahang naik pangkat ke CP.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 10:45 AM | Show all posts
ya lah abg sepupu polis sampai nk pencen, cuti ada 3 bulan lagi..
depa byr duit kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 20-4-2023 10:29 AM
Pemangku Ketua Polis KL sebelum ni. Sekarang jadi KP Pahang naik pangkat ke CP.

Tuan haily naik pangkat jd kpkl.


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-4-2023 02:12 PM
Tuan haily naik pangkat jd kpkl.

Ya betul. Ingatkan balik jadi timbalan PCK tapi itu story mory lain agaknya hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe lah, pasni boleh amek giliran beraya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 20-4-2023 01:20 AM
Kena naikkan gaji baru orang cina minat masuk polis.

Org borneo dah byk insentif pun masih kurang ...

Ramai la Cina masuk polis. Tapi meka ambik pangkat inspektor ke atas ja. Cuba pi Pulapol KL tengok berapa ramai Cina training sana malahah lebih ramai dari India aku tengok.

Orang Borneo majoriti jadi polis di tempat sendiri. Kat Semenanjung memang sikit la nampak tapi kalau gi Borneo ramai jah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 20-4-2023 01:27 AM
Org Borneo mmg minat tapi itulah..tak lepas kelayakan pulak..tiba tiba teringat kes gadis tagap du ...

Kamon...Kat Borneo majoriti ummah PDRM ni warga Borneo da....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2023 03:54 PM
Kamon...Kat Borneo majoriti ummah PDRM ni warga Borneo da....


Ada la sis..yg video viral tu..masa kj buat Rahmah mesra apa tah...kes gadis Tu X cukup inci kot kalau tak silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045880 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list