Seorang pembekal santan segar sedih apabila usahanya selama tiga hari, tiga malam menyiapkan tempahan pelanggan tidak membuahkan sebarang hasil. Muhammad Shahmie Abu Seman, 23 menceritakan apa yang berlaku di sebalik kerugian yang ditanggung gara-gara santan yang sudah siap dibungkus didapati basi, pada Isnin.
“Sudah tiga hari saya bertungkus lumus untuk menyiapkan tempahan santan untuk kegunaan Hari Raya. “Dalam kesibukan tu saya sampai tiga hari tak mandi. Tidur pun tak lebih tiga jam sebab siapkan semua stok santan. Semua kelapa yang tinggal saya guna. “Saya sampai cari pekerja untuk bantu proses santan tu. Tapi tak sangka semua santan dalam freezer tu jadi basi selepas tiga hari,” katanya kepada mStar. Menurut pemuda itu, dia memproses lebih 100 kilogram (kg) santan segar menggunakan lebih 400 hingga 500 biji kelapa.
Menjualnya pada harga RM12 bagi bungkusan 1kg santan, Shamie terpaksa menanggung kerugian lebih RM2,000. Bagaimanapun, dia yang baru mengusahakan perniagaan santan segar sekitar dua bulan lalu mengakui ‘insiden’ tersebut berlaku disebabkan kesalahannya sendiri. “Saya ada terima tempahan daripada pembekal dodol sebanyak 100kg. Tapi esok pagi masa nak jual semua santan tu dah basi dalam freezer. “Walaupun dah seminggu deal, saya terpaksa batalkan juga walaupun nak siapkan tempahan tu ambil masa yang lama. “Saya akui memang salah diri sendiri. Saya memang tak tahu yang santan tak boleh disimpan bertingkat-tingkat atau bertindan terlalu banyak dalam freezer,” ujarnya lagi. Walaupun ujian menimpa dirinya yang baru berjinak-jinak dalam bisnes santan segar, dia tidak berputus asa untuk meneruskan perniagaan tersebut. Malah, anak jati Kedah ini memilih untuk menjadikan segala yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran kepada dirinya agar tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang. Shahmie mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan 100kg santan segar melibatkan kira-kira 500 biji buah kelapa. “Saya tak begitu sedih tapi lebih kepada reda dengan apa telah terjadi. Lepas dapat tahu fasal santan tu saya jadi lebih bersemangat nak berniaga. “Saya suka terima ujian, supaya jadi lebih kuat pada masa akan datang. Saya belajar daripada pengalaman ni supaya lebih faham cara nak simpan santan yang betul. “Bagi mereka yang berada di sekitar Kota Sarang Semut, Yan, Kedah, kalau mencari barang-barang penyediaan kuih raya atau masakan macam kerisik atau kelapa parut boleh datang kedai saya. Setiap hari saya beroperasi,” ujarnya lagi.-CARI |
plywood replied at 19-4-2023 10:40 AM
aku suspect proses penyediaan ada masalah sehingga ada langkah yang menyebabkan santan tercemar. san ...
pearl.silver replied at 19-4-2023 10:43 AM
Dah dia sumbat 100kg dlm satu freezer. Bila terlalu penuh, lambat la santan tu nk ssjuk dan beku. ...
cikatilia replied at 19-4-2023 10:42 AM
macam mana sampai xmandi tu.. nak solat bagai kena bersih2 kan badan
cikatilia replied at 19-4-2023 10:42 AM
macam mana sampai xmandi tu.. nak solat bagai kena bersih2 kan badan
Belibis replied at 19-4-2023 10:49 AM
Andai benar tak mandi 3 hari,hang berjaya kalahkan nepal dan bangla..
doubleharmonic replied at 19-4-2023 10:56 AM
kan chuolss. dah la minggu lepas bawak ke minggu ni asik panas jah berbahang sampai ke tengah mala ...
wadiunong replied at 19-4-2023 10:49 AM
nak komen benda sama td. tp takut kena cerca dgn acik2 forum yg selalu cakap tak baik judge/ bur ...
cikatilia replied at 19-4-2023 11:04 AM
hahaha terpikir yg sama tapi taip aje..
mandi tu kejap aje pon kan.. pastu solat.. means kotor2 tu ...
ADVERTISEMENT