CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2973|Reply: 55

Tiga Hari Tak Mandi Tak Cukup Tidur Nak Siapkan Santan Segar 100 Kg, Bila Nak Jual Semua Basi!

[Copy link]
Post time 19-4-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pembekal santan segar sedih apabila usahanya selama tiga hari, tiga malam menyiapkan tempahan pelanggan tidak membuahkan sebarang hasil.


Muhammad Shahmie Abu Seman, 23 menceritakan apa yang berlaku di sebalik kerugian yang ditanggung gara-gara santan yang sudah siap dibungkus didapati basi, pada Isnin.




Foto: mStar




“Sudah tiga hari saya bertungkus lumus untuk menyiapkan tempahan santan untuk kegunaan Hari Raya.


“Dalam kesibukan tu saya sampai tiga hari tak mandi. Tidur pun tak lebih tiga jam sebab siapkan semua stok santan. Semua kelapa yang tinggal saya guna.


“Saya sampai cari pekerja untuk bantu proses santan tu. Tapi tak sangka semua santan dalam freezer tu jadi basi selepas tiga hari,” katanya kepada mStar.


Menurut pemuda itu, dia memproses lebih 100 kilogram (kg) santan segar menggunakan lebih 400 hingga 500 biji kelapa.


Menjualnya pada harga RM12 bagi bungkusan 1kg santan, Shamie terpaksa menanggung kerugian lebih RM2,000.







Bagaimanapun, dia yang baru mengusahakan perniagaan santan segar sekitar dua bulan lalu mengakui ‘insiden’ tersebut berlaku disebabkan kesalahannya sendiri.


“Saya ada terima tempahan daripada pembekal dodol sebanyak 100kg. Tapi esok pagi masa nak jual semua santan tu dah basi dalam freezer.


“Walaupun dah seminggu deal, saya terpaksa batalkan juga walaupun nak siapkan tempahan tu ambil masa yang lama.


“Saya akui memang salah diri sendiri. Saya memang tak tahu yang santan tak boleh disimpan bertingkat-tingkat atau bertindan terlalu banyak dalam freezer,” ujarnya lagi.


Walaupun ujian menimpa dirinya yang baru berjinak-jinak dalam bisnes santan segar, dia tidak berputus asa untuk meneruskan perniagaan tersebut.


Malah, anak jati Kedah ini memilih untuk menjadikan segala yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran kepada dirinya agar tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.


Shahmie mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan 100kg santan segar melibatkan kira-kira 500 biji buah kelapa.


“Saya tak begitu sedih tapi lebih kepada reda dengan apa telah terjadi. Lepas dapat tahu fasal santan tu saya jadi lebih bersemangat nak berniaga.


“Saya suka terima ujian, supaya jadi lebih kuat pada masa akan datang. Saya belajar daripada pengalaman ni supaya lebih faham cara nak simpan santan yang betul.


“Bagi mereka yang berada di sekitar Kota Sarang Semut, Yan, Kedah, kalau mencari barang-barang penyediaan kuih raya atau masakan macam kerisik atau kelapa parut boleh datang kedai saya. Setiap hari saya beroperasi,” ujarnya lagi.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 10:37 AM | Show all posts
so peniaga-peniaga dan pembeli kat kedah nun, sila ingat nama beliau..
elakkan beli dari manusia pengotor macam ni..

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:40 AM | Show all posts
aku suspect proses penyediaan ada masalah sehingga ada langkah yang menyebabkan santan tercemar. santan tercemar cepat basi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:42 AM | Show all posts
macam mana sampai xmandi tu.. nak solat bagai kena bersih2 kan badan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 19-4-2023 10:40 AM
aku suspect proses penyediaan ada masalah sehingga ada langkah yang menyebabkan santan tercemar. san ...

Dah dia sumbat 100kg dlm satu freezer. Bila terlalu penuh, lambat la santan tu nk ssjuk dan beku. Mmg basi laa benda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:47 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 19-4-2023 10:43 AM
Dah dia sumbat 100kg dlm satu freezer. Bila terlalu penuh, lambat la santan tu nk ssjuk dan beku.  ...

dia buat dalam 3 hari, bukan masukkan 100kg sekaligus...maksudnya mana-mana santan yg dah masuk sepatutnya dah sejuk. ..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2023 10:49 AM | Show all posts
dh tu ko nak ape ni

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:49 AM | Show all posts
cikatilia replied at 19-4-2023 10:42 AM
macam mana sampai xmandi tu.. nak solat bagai kena bersih2 kan badan



nak komen benda sama td. tp takut kena cerca dgn acik2 forum yg selalu cakap tak baik judge/ buruk sangka kat org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Andai benar tak mandi 3 hari,hang berjaya kalahkan nepal dan bangla..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:53 AM | Show all posts
nampak macam helok tapi sampai tak mandi 3 hari ko bajet ko jake gyllenhal ke noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:56 AM | Show all posts
NI KISAH APA NI....SEMBANG MCM ORG KENA KETUM....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:56 AM | Show all posts
cikatilia replied at 19-4-2023 10:42 AM
macam mana sampai xmandi tu.. nak solat bagai kena bersih2 kan badan

kan chuolss. dah la minggu lepas bawak ke minggu ni asik panas jah berbahang sampai ke tengah malam asik rasa melekit berlengas jah badan. cemana lah heshe boleh taktuntuang sampai 3 hari
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah dik kebersihan itu penting
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 10:59 AM | Show all posts
Belibis replied at 19-4-2023 10:49 AM
Andai benar tak mandi 3 hari,hang berjaya kalahkan nepal dan bangla..

upiak tersenyum sinis



Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:02 AM | Show all posts
doubleharmonic replied at 19-4-2023 10:56 AM
kan chuolss. dah la minggu lepas bawak ke minggu ni asik panas jah berbahang sampai ke tengah mala ...

kann.. kalau kerjaan nya di pejabat pon berlengas2 badan rimas walau dlm aircond....
lepas duduk seharian balik mmg nak mandi dulu

ini kan plak bergelumang dgn sabut kelapa etc confirm ada air busuk2 tu.. rasanya by day 1 end pon dah masam bau badannya nya.. ini kan 3 hari
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:03 AM | Show all posts
da apasal sampai tak mandi
pengotor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2023 11:04 AM | Show all posts
wadiunong replied at 19-4-2023 10:49 AM
nak komen benda sama td. tp takut kena cerca dgn acik2 forum yg selalu cakap tak baik judge/ bur ...

hahaha terpikir yg sama tapi taip aje..
mandi tu kejap aje pon kan.. pastu solat.. means kotor2 tu dia solat aje ke??
kalau kata dia bersihkan badan or tukar baju baik siram mandi2 laju lagi bermanafaat.

lagi 1 mmg nyata dia ni pentingkan kuantiti aje.. kualiti dia mmg hauk le jawabnya..
harap2 jadi pengajaran la utk dia kan..

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:08 AM | Show all posts
cikatilia replied at 19-4-2023 11:04 AM
hahaha terpikir yg sama tapi taip aje..
mandi tu kejap aje pon kan.. pastu solat.. means kotor2 tu ...



kann. kita kalo badan dah berpeluh/ tiak dah berlengas tak sabar2 dah nak mandi sbb tak tahan bau sendiri. Jate ni sampai 3 hari tak mandi
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Friska belum mandi tak tentuang tak tentuang
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Santan² tu tersedut vibes busuk dia tak mandi 3 hari, tu yg basi agaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.500108 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list