CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angka Kematian Tragedi Arak Tiruan Beracun Meningkat Di India Dan Dijangka Naik Lagi

18-4-2023 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 167| Komen: 0

Angka kematian di Bihar, timur India meningkat kepada 32 orang akibat pengambilan arak beracun.

Xinhua memetik penyiar milik kerajaan All India Radio pada Isnin melaporkan, kematian akibat pengambilan minuman keras tiruan itu dijangka meningkat ekoran 14 lagi dilaporkan kritikal dan mereka sedang menjalani rawatan di hospital berbeza di Motihari dan Muzaffarpur.



Gambar hiasan

Kematian kali pertama dilaporkan pada Sabtu di daerah Champaran Timur (Motihari).

Penyiar itu memetik seorang pegawai kanan polis di Motihari, Kantesh Kumar Mishra sebagai berkata bahawa 14 pegawai dan kakitangan wad dari balai polis berbeza, digantung tugas.

Setakat ini pihak polis menahan 108 orang berhubung kejadian itu dan merampas lebih 6,000 liter minuman keras semasa serbuan.

Sementara itu, Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar pada Isnin mengumumkan pampasan sebanyak US$4,881 kepada keluarga mangsa.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.036334 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top