|
Angka kematian di Bihar, timur India meningkat kepada 32 orang akibat pengambilan arak beracun.
Xinhua memetik penyiar milik kerajaan All India Radio pada Isnin melaporkan, kematian akibat pengambilan minuman keras tiruan itu dijangka meningkat ekoran 14 lagi dilaporkan kritikal dan mereka sedang menjalani rawatan di hospital berbeza di Motihari dan Muzaffarpur.
Gambar hiasan
Kematian kali pertama dilaporkan pada Sabtu di daerah Champaran Timur (Motihari).
Penyiar itu memetik seorang pegawai kanan polis di Motihari, Kantesh Kumar Mishra sebagai berkata bahawa 14 pegawai dan kakitangan wad dari balai polis berbeza, digantung tugas.
Setakat ini pihak polis menahan 108 orang berhubung kejadian itu dan merampas lebih 6,000 liter minuman keras semasa serbuan.
Sementara itu, Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar pada Isnin mengumumkan pampasan sebanyak US$4,881 kepada keluarga mangsa.
Sumber: Harian Metro |
|