CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemancing Tawan Kap Emas Sebesar Budak 10 Tahun

17-4-2023 07:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 283| Komen: 1|Original author: Tatod

Seorang nelayan Britain, Andy Hackett berjaya memancing seekor ikan kap emas gergasi yang memiliki berat menyamai  budak berumur 10 tahun di Tasik BlueWater, Perancis baru-baru ini, lapor portal berita Daily Star semalam.


Tangkapan  ikan gergasi itu adalah yang pertama diperoleh dalam hidup Hackett. Dia mengambil masa  25 minit untuk menaikkan ikan tersebut dari dalam tasik.

Hackett yang berasal  dari Worcestershire, berjaya menaikkan ikan tersebut yang digelar ‘The Carrot’ kerana berwarna  oren terang, manakala beratnya mencapai 30.37 kilogram dan merupakan antara ikan kap terbesar di dunia.


Seorang budak lelaki berusia 10 tahun mempunyai purata berat antara 24 kilogram hingga  49.44 kilogram.

Dilepaskan ke dalam tasik 20 tahun lalu, Hackett sedar ikan gergasi itu berada di lokasi tersebut  tetapi dia tidak menyangka akan dapat menangkapnya.


“Saya tahu ia adalah ikan besar apabila ia memakan umpan saya dan pergi ke tepi, ke atas dan ke bawah. Kemudian ia muncul di permukaan dan saya melihat ia berwarna oren,” kata pemancing berumur 42 tahun itu.

Pengurus Perikanan tasik tersebut, Jason Cowler mengucapkan tahniah kepada Hackett berikutan tangkapannya dan berkata, walaupun ikan itu diketahui berenang selama 20 tahun di tasik berkenaan,  The Carrot sukar untuk ditangkap kerana ia sukar difahami.

Dia berkata: “Anda sukar  melihatnya jika ia berada di bawah permukaan tetapi  The Carrot jelas berwarna oren terang menyebabkan anda tidak akan boleh terlepas (melihatnya).”

Hackett bergambar dengan ‘The Carrot’ sebelum melepaskannya semula ke dalam tasik tersebut dengan selamat. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 17-4-2023 07:38 PM
bagus juga dilepaskan balik. dimalaysia nilai sentimental spt ini ada juga tetapi kuranglah, disini ikan tu dah selamat dalam perut..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.040746 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top