View: 277|Reply: 1
|
Pemancing Tawan Kap Emas Sebesar Budak 10 Tahun
[Copy link]
|
|
Seorang nelayan Britain, Andy Hackett berjaya memancing seekor ikan kap emas gergasi yang memiliki berat menyamai budak berumur 10 tahun di Tasik BlueWater, Perancis baru-baru ini, lapor portal berita Daily Star semalam.
Tangkapan ikan gergasi itu adalah yang pertama diperoleh dalam hidup Hackett. Dia mengambil masa 25 minit untuk menaikkan ikan tersebut dari dalam tasik.
Hackett yang berasal dari Worcestershire, berjaya menaikkan ikan tersebut yang digelar ‘The Carrot’ kerana berwarna oren terang, manakala beratnya mencapai 30.37 kilogram dan merupakan antara ikan kap terbesar di dunia.
Seorang budak lelaki berusia 10 tahun mempunyai purata berat antara 24 kilogram hingga 49.44 kilogram.
Dilepaskan ke dalam tasik 20 tahun lalu, Hackett sedar ikan gergasi itu berada di lokasi tersebut tetapi dia tidak menyangka akan dapat menangkapnya.
“Saya tahu ia adalah ikan besar apabila ia memakan umpan saya dan pergi ke tepi, ke atas dan ke bawah. Kemudian ia muncul di permukaan dan saya melihat ia berwarna oren,” kata pemancing berumur 42 tahun itu.
Pengurus Perikanan tasik tersebut, Jason Cowler mengucapkan tahniah kepada Hackett berikutan tangkapannya dan berkata, walaupun ikan itu diketahui berenang selama 20 tahun di tasik berkenaan, The Carrot sukar untuk ditangkap kerana ia sukar difahami.
Dia berkata: “Anda sukar melihatnya jika ia berada di bawah permukaan tetapi The Carrot jelas berwarna oren terang menyebabkan anda tidak akan boleh terlepas (melihatnya).”
Hackett bergambar dengan ‘The Carrot’ sebelum melepaskannya semula ke dalam tasik tersebut dengan selamat.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
bagus juga dilepaskan balik. dimalaysia nilai sentimental spt ini ada juga tetapi kuranglah, disini ikan tu dah selamat dalam perut.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|