Kuala Lumpur: Tawaran kontrak lumayan terhadap pemain import Selangor FC 'bocor' di laman sosial apabila tonggak berkenaan dengan jelas ditawarkan gaji sebanyak RM132,000 sebulan. Kebocoran maklumat penting itu nyata mengejutkan ramai peminat terutama penyokong bola sepak Red Giants.
Malah, ada peminat mempersoalkan bagaimana dokumen sulit itu boleh tersebar di laman sosial dan ia mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong. Ia juga seperti satu kebetulan selepas pendedahan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam yang menyatakan ada pasukan berbelanja hingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import yang disifatkan terlalu mahal. Berdasarkan surat tawatan yang tular itu, selain gaji bulanan lumayan diterima tonggak import terbabit, beberapa bayaran lain juga diraih seperti yuran tandatangan (RM132,000), bonus kejuaraan (RM132,000), bonus kemenangan di gelanggang sendiri (RM1,000) dan elaun rumah (RM2,500) sebulan.
Untuk rekod, kebocoran maklumat babitkan Selangor FC itu bukanlah perbuatan 'khianat' pertama apabila sebelum ini turut pernah berlaku pada 2021 lalu babitkan tonggak naturalisasi, Mohamadou Sumareh. Ironinya, Tunku Ismail juga yang berkongsi beberapa keping gambar berkaitan tawaran kontrak dari Selangor FC kepada Sumareh di mana pemain itu ditawarkan gaji AS$17,000 (RM70,482) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan dalam media sosial. Beliau turut memuat naik gambar perbualan Sumareh menerusi aplikasi Whatsapp bersama Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang meminta FAS menaikkan gaji kepada AS$20,000 (RM82,171) sebulan sekiranya mahu dia bersama Red Giants. -CARI Sumber: Harian Metro
|
venom1 replied at 17-4-2023 03:23 PM
rakyat kita kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..ni main boleh sepak tak tentu hala dapat ...
venom1 replied at 17-4-2023 03:23 PM
rakyat kita kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..ni main boleh sepak tak tentu hala dapat ...
she replied at 17-4-2023 04:12 PM
Anak kawan macik
Main bolasepak negeri
Gaji 30k ke atas sebulan
she replied at 17-4-2023 04:12 PM
Anak kawan macik
Main bolasepak negeri
Gaji 30k ke atas sebulan
ADVERTISEMENT