View: 1192|Reply: 12
|
Kontrak Bocor, Tersebar Di Media Sosial- Pemain Selangor FC Terima Gaji RM132,000 Sebulan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tawaran kontrak lumayan terhadap pemain import Selangor FC 'bocor' di laman sosial apabila tonggak berkenaan dengan jelas ditawarkan gaji sebanyak RM132,000 sebulan.
Kebocoran maklumat penting itu nyata mengejutkan ramai peminat terutama penyokong bola sepak Red Giants.
Malah, ada peminat mempersoalkan bagaimana dokumen sulit itu boleh tersebar di laman sosial dan ia mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong.
Ia juga seperti satu kebetulan selepas pendedahan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam yang menyatakan ada pasukan berbelanja hingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import yang disifatkan terlalu mahal.
Berdasarkan surat tawatan yang tular itu, selain gaji bulanan lumayan diterima tonggak import terbabit, beberapa bayaran lain juga diraih seperti yuran tandatangan (RM132,000), bonus kejuaraan (RM132,000), bonus kemenangan di gelanggang sendiri (RM1,000) dan elaun rumah (RM2,500) sebulan.
Untuk rekod, kebocoran maklumat babitkan Selangor FC itu bukanlah perbuatan 'khianat' pertama apabila sebelum ini turut pernah berlaku pada 2021 lalu babitkan tonggak naturalisasi, Mohamadou Sumareh.
Ironinya, Tunku Ismail juga yang berkongsi beberapa keping gambar berkaitan tawaran kontrak dari Selangor FC kepada Sumareh di mana pemain itu ditawarkan gaji AS$17,000 (RM70,482) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan dalam media sosial.
Beliau turut memuat naik gambar perbualan Sumareh menerusi aplikasi Whatsapp bersama Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang meminta FAS menaikkan gaji kepada AS$20,000 (RM82,171) sebulan sekiranya mahu dia bersama Red Giants. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 17-4-2023 03:50 PM
Huntong jadik pemain import gaji tarap Dato VVVIP ratos-ratos riban paling cikai puloh-puloh riban k seboolan gaytohh, berkali-kali ganda jika dibandingkan dgn gaji setahun org keja gomen or swasta.
Ko mampoooooo?? 
Agak2 pemain import ni bayor cukai mcm raykat marhaen takkk? |
|
|
|
|
|
|
|
Haaaa Miraaaaa
Lain kali sondol jejak2 single pemain bolaaaa
ko tengok haaaaa 132k hokehh |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat kita kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..ni main boleh sepak tak tentu hala dapat RM100k sebulan |
|
|
|
|
|
|
|
NAK MURAH...amik la PATI bangla,indon,nepal,myanmar,pilak,rohinga tu main.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak quality kena keluar duit lebih baru sukan bola sepak maju.... |
|
|
|
|
|
|
|
betul komen you tu ttg rakyat kais pagi makan pagi tu, tp tentang bola sepak ni, kalau setakat pemain bola kat Msia ni la, paling lama bertahan 10-13 thn, the most 15 tahun jer (lama pun mungkin sebab takde injury serius).mula serius as player umur 22 atau 23 tahun, smpai 32/33 thn je mampu bertahan, lepas tu stop. kalau cepat injured, cepatlah bersaranya. tk bnyk pun duit tu kalau mcm tu, apa lagi kalau mengamalkan hidup boros. takde pulak invest buat business ke apa2.kalau buat business pun kalau jenis flop jer, susah jgk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak kemana pun bola sepak Msia. Syok sendiri jer lah.. go overseas pun duduk bangku simpanan |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kawan macik
Main bolasepak negeri
Gaji 30k ke atas sebulan
Bayangkan umur 19 dah ada gaji banyak tu
Bukannya dia pergi beli rumah baru tuk mak dia
Tapi dijoli beli kete
Gf tukar2 walau muka dia sangatlah sendu
Tahun lepas dia kawen
Lepas habis PKP
Zaman kegemilangan pun dah berakhir
Siap call anak macik nak jual barang2
Alasan nak reno rumah takde duit
Gitewwww cerita teladan buat anak2
Karier bola tak menjamin kecuali pandai menabung dan buat bisnes |
|
|
|
|
|
|
|
Itu yg rezeki nya mcm tu, kais pagi kais petang makan. Kalau dia nk usaha mungkin jadi pemain bola sepak pro, gaji boleh 30-40k sebulan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kaedahnya at 18-4-2023 05:46 AM
awat tak buleh delete komen tatau |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 17-4-2023 04:12 PM
Anak kawan macik
Main bolasepak negeri
Gaji 30k ke atas sebulan
bebudak macam ni yang patut dapat parents jenih atoq susun segalamala dalam hidup hatta nak beli deodorant pun kena dapat approval parents dulu.
tapi tu la. |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 17-4-2023 04:12 PM
Anak kawan macik
Main bolasepak negeri
Gaji 30k ke atas sebulan
Gaji 30k tu takde banyak mana bila ambil kira umur 35-40 dah tak laku dan kena bersara. Sedangkan nak hidup lama lagi. Kalau financial planning gagal sejak awal memang minta sedekah la di kemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
| |
|