Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan air mata apabila mendengar selebriti sensasi Indonesia Inul Daratista mendendangkan lagunya berjudul Wajah Kekasih menerusi program istimewa Hari Raya Aidilfitri di negara berkenaan yang disiarkan pada Jumaat.
Menerusi sedutan video persembahan berkenaan, Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi dilihat beberapa kali mengusap air matanya ketika Inul menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh perasaan. Siti malah begitu menghayati setiap lirik yang dinyanyikan Inul sehingga dilihat beberapa kali mengesat air matanya daripada jatuh ke pipi. Penyanyi tersohor itu berkata, dia sentiasa mengambil tahu perkembangan penyanyi dangdut terkenal Indonesia itu dan tidak menyangka Inul berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
"Saya juga mengikuti perkembangan hidup Inul, bagaimana dia berusaha daripada biasa sampai ke jutawan sekarang ini. "Saya tak sangka Inul boleh menyanyikan lagu saya tanpa saya tahu," katanya di dalam rancangan tersebut. Siti sebelum itu memberitahu di Instagram dia sempat ke Jakarta, Indonesia bagi merakamkan program Road to Kilau Raya 2023 Ungu X Siti Nurhaliza di MNCTV. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan kemerduan suara Inul dan tidak menyangka penyanyi dangdut itu mampu menyanyikan lagu genre lain dengan baik. Netizen memberitah meskipun vokal Inul tidak setanding Siti namun ia disampaikan dengan emosi tersendiri yang menjadikan ia istimewa. "Boleh tahan juga Inul nyanyi lagu ini, macam ada vibe Dayang Nurfaizah. "Merendah diri betul TokTi ini, orang menyanyi lagu dia pun dia sedih," antara komen netizen. Sumber: mStar
|
bedahmenjuyah replied at 15-4-2023 01:07 PM
Tojti nangis sbb jahanam lagu dia. Btw tak tercekik ke tokti nyanyi pakai tudung lilit leher gitu.
dua_chzy replied at 15-4-2023 09:58 PM
Idok la rosak sangat pun. Persis suara Aishah menyanyi ja.
bedahmenjuyah replied at 15-4-2023 03:27 PM
Aishah mana kaka?
September14 replied at 15-4-2023 11:15 PM
Okla suara dia x garau n beso mcm pnynyi asal… dh xle dgr suara pnyi asal tu x sdap dah d telinga
rosevelvet replied at 16-4-2023 12:05 AM
Suara dia dh x merdu. Rasa berat bila dgr. Kalau tokpah sampai tua suara dia blemak sedap
September14 replied at 15-4-2023 11:15 PM
Okla suara dia x garau n beso mcm pnynyi asal… dh xle dgr suara pnyi asal tu x sdap dah d telinga
danieladam replied at 16-4-2023 01:29 AM
Tak jugak chuols..suara tok pah pon membesar kalau buat perbandingan antara kemunculan awal sheols ...
Piramida replied at 16-4-2023 05:43 AM
Terkejut tengok penyanyi bernombor ni pun sejenis up up menadah doa dgn penuh kesungguhan kat soc me ...
ADVERTISEMENT