View: 4241|Reply: 59
|
Siti Nurhaliza Tak Dapat Tahan Air Mata Dengar Inul Daratista Nyanyi Lagu Wajah Kekasih
[Copy link]
|
|
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan air mata apabila mendengar selebriti sensasi Indonesia Inul Daratista mendendangkan lagunya berjudul Wajah Kekasih menerusi program istimewa Hari Raya Aidilfitri di negara berkenaan yang disiarkan pada Jumaat.
Menerusi sedutan video persembahan berkenaan, Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi dilihat beberapa kali mengusap air matanya ketika Inul menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh perasaan.
Siti malah begitu menghayati setiap lirik yang dinyanyikan Inul sehingga dilihat beberapa kali mengesat air matanya daripada jatuh ke pipi.
Penyanyi tersohor itu berkata, dia sentiasa mengambil tahu perkembangan penyanyi dangdut terkenal Indonesia itu dan tidak menyangka Inul berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
"Saya juga mengikuti perkembangan hidup Inul, bagaimana dia berusaha daripada biasa sampai ke jutawan sekarang ini.
"Saya tak sangka Inul boleh menyanyikan lagu saya tanpa saya tahu," katanya di dalam rancangan tersebut.
Siti sebelum itu memberitahu di Instagram dia sempat ke Jakarta, Indonesia bagi merakamkan program Road to Kilau Raya 2023 Ungu X Siti Nurhaliza di MNCTV.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan kemerduan suara Inul dan tidak menyangka penyanyi dangdut itu mampu menyanyikan lagu genre lain dengan baik.
Netizen memberitah meskipun vokal Inul tidak setanding Siti namun ia disampaikan dengan emosi tersendiri yang menjadikan ia istimewa.
"Boleh tahan juga Inul nyanyi lagu ini, macam ada vibe Dayang Nurfaizah.
"Merendah diri betul TokTi ini, orang menyanyi lagu dia pun dia sedih," antara komen netizen.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tojti nangis sbb jahanam lagu dia. Btw tak tercekik ke tokti nyanyi pakai tudung lilit leher gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
sedap jgk nek inul nyanyi
ok2 la boleh layan |
|
|
|
|
|
|
|
bedahmenjuyah replied at 15-4-2023 01:07 PM
Tojti nangis sbb jahanam lagu dia. Btw tak tercekik ke tokti nyanyi pakai tudung lilit leher gitu.
Idok la rosak sangat pun. Persis suara Aishah menyanyi ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Okla suara dia x garau n beso mcm pnynyi asal… dh xle dgr suara pnyi asal tu x sdap dah d telinga |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-4-2023 09:58 PM
Idok la rosak sangat pun. Persis suara Aishah menyanyi ja.
Aishah mana kaka? |
|
|
|
|
|
|
|
"mengusap air mata"? Air mata boleh diusap ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bedahmenjuyah replied at 15-4-2023 03:27 PM
Aishah mana kaka?
Aishah kita la sis, kak Ecah kita. |
|
|
|
|
|
|
|
September14 replied at 15-4-2023 11:15 PM
Okla suara dia x garau n beso mcm pnynyi asal… dh xle dgr suara pnyi asal tu x sdap dah d telinga
Suara dia dh x merdu. Rasa berat bila dgr. Kalau tokpah sampai tua suara dia blemak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap jua yacch kedengaran original gituu |
|
|
|
|
|
|
|
rosevelvet replied at 16-4-2023 12:05 AM
Suara dia dh x merdu. Rasa berat bila dgr. Kalau tokpah sampai tua suara dia blemak sedap
Tak jugak chuols..suara tok pah pon membesar kalau buat perbandingan antara kemunculan awal sheols sehingga ke hujung usia sheols.
Cuma kelebihan tok pah yg sama dari awal hingga akhir usia ialah sebutan, dengung dan makhraj nya. Yg tu mmg trademark tok pah dari awal hingga akhir.
Di akhir hayat pon, live tok pah pon x semantap awal kemunculan. Sama lah tok ti pon. Vokal berubah seiring usia. Stamina pon berubah seiring usia.
Kalau sama je vokal tok pah, masa kan ada wartawan kritik persembahan tok pah masa konsert sebagai gagal. Sebagai tindak balas, tok pah siap saman wartawan tu. Tp in the end case closed.
Ni artikel nya :
Sharifah Aini files suit for slander
Wednesday, 14 Jul 2004
KUALA LUMPUR: Datuk Sharifah Aini has sued an entertainment writer for slander, claiming she had made spiteful remarks about her concert during a conversation with another journalist six months ago.
In her statement of claim, Sharifah Aini said Fauziah Mohd Johar, or Zieman, had maliciously remarked to Saodah Ismail of Agendadaily Dot Com that she had failed in her performance in the Konsert Simponi Ghazal Johor Bersama Sharifah Aini (the Johor Ghazal Symphony Concert with Sharifah Aini).
“By the said words, the defendant meant and was understood to mean that the performance of the plaintiff came to grief and ended up in disaster.
“It signalled a great misfortune for Sharifah Aini. The expectations of her audience were unrealistic and too presumptuous,” she said.
Sharifah Aini said the criticism falsely signalled a disaster or spelt the end of her career since the so-called collapsed concert was held at Istana Budaya and attended by royalties, dignitaries and national leaders.
She said the allegations were proven to be lame when Istana Budaya extended the performance for another evening and she was later proclaimed “The First Lady of Songs.”
Apart from damages, interest and costs, Sharifah Aini is seeking an injunction to stop Zieman from repeating the alleged defamatory remarks.
In her defence, Zieman denied having spoken the entire derogatory remarks referred to by Sharifah Aini.
Zieman said she only stated that Sharifah Aini gagal dalam konsert itu (failed in the concert) and “the plaintiff had overstretched its meaning.”
She claimed that her remarks were just an expression of opinion and a fair comment on a subject of public interest. |
|
|
|
|
|
|
|
September14 replied at 15-4-2023 11:15 PM
Okla suara dia x garau n beso mcm pnynyi asal… dh xle dgr suara pnyi asal tu x sdap dah d telinga
Dari dlu pon mmg x sedap kan utk chuols..chuols prefer suara² halus mcm nabila razali kan? |
|
|
|
|
|
|
|
By the way...indonesian nampak sangat menghargai tok ti sehingga boleh jadikan tok ti subjek utama dalam program2 diorg, while di malaysia especially forumer cari lebih banyak kondem tok ti dari segala sudut. |
|
|
|
|
|
|
|
napa aku nmpk mcm tokti aaa layankan je lahhh .... |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut tengok penyanyi bernombor ni pun sejenis up up menadah doa dgn penuh kesungguhan kat soc med.
Rasa lawak pula hihihi ke memang jenis tunjuk kat soc med. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu wajah kekasih mmg nada tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
danieladam replied at 16-4-2023 01:29 AM
Tak jugak chuols..suara tok pah pon membesar kalau buat perbandingan antara kemunculan awal sheols ...
Xpe, itu pndpt chuols. Bg i suara tokpah mmg sedap smpai akhir hayat sheol. Mungkin ada beza dgn suara ms sheol muda tp x obvious. |
|
|
|
|
|
|
|
Piramida replied at 16-4-2023 05:43 AM
Terkejut tengok penyanyi bernombor ni pun sejenis up up menadah doa dgn penuh kesungguhan kat soc me ...
Ada juga yang perasankan..dah kenapa dia photoshoot macam tu. Sejak jafi anak murid ziZang SeMang makin lama makin out. Dapat buat umrah 10 malam terakhir nie memang rezeki tapi kalau semedang dok photoshoot rasa macam apa yang mufti tegur tu dia tak ambil endah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
phuiiiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|