Syarikat pengurusan kumpulan Blackpink, YG Entertaiment membuat kenyataan balas berhubung dakwaan kononnya salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Rose terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Desas desus itu mula tercetus selepas bekas ketua pegawai kreatif Burberry, Riccardo Tisci berkongsi foto ketika kunjungan ke rumah usahawan dan pereka fesyen busana Eva Chow pada 11 April lalu di Los Angeles. Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram memperlihatkan Rose dan aktor Kang Dong-won turut menyertai kunjungan tersebut tetapi apa yang menimbulkan persoalan ramai adalah penampakan serbuk putih yang dilihat seperti dadah yang ‘dihidangkan’ di atas meja di hadapan Rosé dan Kang Dong-won. Pada Khamis lalu, YG Entertainment memberikan maklum balas tentang perkara itu dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar hak dan privasi artis di bawah naungan mereka.
"Kami akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar hak dan privasi artis kami. "Kami sedang memantau dan memerhati mereka yang membuat dan menyebarkan spekulasi berkenaan. "Kami tidak akan berdiam dan akan bertindak tegas," kata pihak pengurusannya. Gambar yang dikongsi Riccardo bagaimanapun telah dipadam. Peminat kumpulan Blackpink yang dikenali sebagai Blinks tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka itu supaya terus kuat. Blinks juga percaya bahawa Rose sama sekali tidak akan melakukan perkara yang akan memusnahkan kariernya. - CARI Sumber: ALLKPOP, SOOMPI
|
Nurkaseh01 replied at 16-4-2023 01:18 PM
tapii memamg rose ni banyak berkawan dengan drugs user ponn. Rose dengan jennie sama je. Yang suci ...
Whatsofunnyth replied at 16-4-2023 06:13 PM
Rose ni maybe minum arak tapi klu drugs tk rase. Dia ni masi undercontrol la. Klu jennie tu mmg na ...
nadie90 replied at 17-4-2023 01:23 PM
Tiba2 keluar gosip Rose & Kang Dong Won couple...sbb nak cover isu ni ka
Nurkaseh01 replied at 16-4-2023 01:18 PM
tapii memamg rose ni banyak berkawan dengan drugs user ponn. Rose dengan jennie sama je. Yang suci ...
sarah_ary2 replied at 18-4-2023 12:55 AM
Yg ni sebab tetibe Kang Dong Won tue ada dalam gambar tue, kemungkinan Jennie really couple dgn Ta ...
nadie90 replied at 18-4-2023 09:38 AM
Huhuu lps tu tiba YG kluar statement dan nafikan gosip tu....sblum tu kata xmasuk cmpur urusan per ...
sarah_ary2 replied at 18-4-2023 08:55 AM
Yg ni sebab tetibe Kang Dong Won tue ada dalam gambar tue, kemungkinan Jennie really couple dgn Ta ...
Whatsofunnyth replied at 19-4-2023 12:15 PM
Kang dong won ni bukan ke actor ex under YG ye? Maybe depa start jadi kawan sbb satu agency. Pelik ...
shoyuna replied at 20-4-2023 05:28 AM
Hidang drugs kat meja tu dah benda biasa kot kat barat. Tapi sebab both ni celebrity esp Rose BP san ...
ADVERTISEMENT