CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Nak Muntah Tengok Wanita Suka Makan Hati Ayam Mentah, Masih Berdarah-Darah Masa Disuap Dalam Mulut

14-4-2023 09:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 746| Komen: 10

Seorang wanita menjadi perhatian netizen gara-gara videonya selamba meratah hati ayam mentah.

Menerusi video yang dirakam sendiri itu, dia menjelaskan bahawa bahagian organ dalaman haiwan itu merupakan makanan kegemarannya.


Dalam pada itu, dia turut bertanya sekiranya ada individu yang mempunyai selera sama seperti dirinya.


Foto: via mStar

"Favourite gila. Ada geng tak?" tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, wanita ini dilihat sedang makan seketul hati ayam mentah bersaiz besar yang diletakkan dalam mangkuk kaca.

Malah, organ tersebut masih lagi dalam keadaan berdarah sewaktu ia dicucuk dengan garfu dan disuapkan ke dalam mulut.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi kerana rata-rata berpandangan dia makan sesuatu yang kotor malah ada yang mengaitkan dirinya dengan perkara mistik.


"Ada bela saka ke?

"Kalau suka makan mentah terutamanya ayam ni ada pendamping.

"Selalunya, kalau kerap suka makan benda berdarah ni ada yang 'menumpang' dalam badan," demikian antara komen netizen.

Mengakui makanan itu sedap, dari reaksi wajah wanita wanita berkenaan juga menampakkan dia sangat berselera menikmati hidangan kegemarannya itu.

"Serius tak tipu, memang shedap (sedap)," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai loya tekak dan risau wanita berkenaan terkena keracunan makanan.

"Macam mana boleh tahan bau tu.

"Kalau basuh ayam tu pun tekak aku dah kembang. Ni kan makan (mentah).

"Sesungguhnya tekak aku kembang tengok ni. Yang goreng pun aku tak makan ni kan pula mentah ni," kata netizen lagi.

Hukum mengenai makan daging atau ikan mentah telah dijawab oleh Mufti melalui portal rasmi mereka.

Dalam hal makan ikan mentah telah mati atau daging mentah yang disembelih secara syarak, tidak terdapat dalil khusus yang menyatakan akan pengharamannya.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Imam al-Nawawi menjelaskan dalam satu permasalahan berkenaan hukum makan daging mentah, beliau menyatakan hukumnya adalah harus.

Pandangan ini juga sama menurut mazhab Maliki dan pandangan muktamad mazhab Hambali.

Meskipun begitu, keharusan memakannya adalah selama mana ia tidak membawa kepada kerosakan ataupun kemudaratan ke atas tubuh ataupun akal.

Ada pun sekiranya ia berisiko mendatangkan mudarat pada diri, maka ia tidak dibenarkan dan hukumnya boleh berubah kepada haram. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 14-4-2023 09:34 PM
Organ ni la aku selalu buang kalau ada..geli kot
Dia boleh relax makan. Cmne dia boleh tak geli gigit2 hati ayam mentah tu. Tau tak hati ayam tu penapis toksin
Quote Kangkung1M 15-4-2023 01:44 AM
naina replied at 14-4-2023 09:34 AM
Organ ni la aku selalu buang kalau ada..geli kot
Dia boleh relax makan. Cmne dia boleh tak geli gigi ...

Orang sekarang demi konten, sanggup buat benda bodo.

[ig]https://www.instagram.com/reel/CqvYFmrp_ip/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]


Quote schabella 15-4-2023 10:29 AM
eeuwww gelinya..
Quote naina 15-4-2023 10:42 AM
Kangkung1M replied at 15-4-2023 01:44 AM
Orang sekarang demi konten, sanggup buat benda bodo.

Haha Bodo sungguh. Lumur coklat tu hadam lah jugak. Siap sumbat semua tu memang sungguh demi content.
Quote juboqhang 15-4-2023 10:50 AM
Bodow…esuk2 kena Salmonella baru berakai…
Quote otai_g 15-4-2023 11:11 AM
Kangkung1M replied at 15-4-2023 01:44 AM
Orang sekarang demi konten, sanggup buat benda bodo.

Video apa bnd ni siak. Serious aku x bleh hadam
Quote I.K.A888990 15-4-2023 12:20 PM
jijik giler la yg mkn benda2 ni
bole plak kau telan yer
Quote green~tea 15-4-2023 12:40 PM
Bukan ke semalam ada berita yang vietnamese suka minum puding darah haiwan..., ada cacing dlm otak & darah dia kan sampai masuk spital
Quote dani-rox 15-4-2023 07:00 PM
entah2 pontianak yg kacau ayam peliharaan org kampung tempoh hari kot
Quote clarizsa 15-4-2023 09:46 PM
Euuwwww
Gila ke sundal ni
Ayam kena fully cooked baru boleh makan
Ada bakteria salmonella kot yucks
White meats kena masak betul2 , pork pun sama
Gila makan mentah2 euuwww

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.030066 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top