View: 707|Reply: 10
|
Ramai Nak Muntah Tengok Wanita Suka Makan Hati Ayam Mentah, Masih Berdarah-Darah Masa Disuap Dalam Mulut
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menjadi perhatian netizen gara-gara videonya selamba meratah hati ayam mentah.
Menerusi video yang dirakam sendiri itu, dia menjelaskan bahawa bahagian organ dalaman haiwan itu merupakan makanan kegemarannya.
Dalam pada itu, dia turut bertanya sekiranya ada individu yang mempunyai selera sama seperti dirinya.
 Foto: via mStar
"Favourite gila. Ada geng tak?" tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, wanita ini dilihat sedang makan seketul hati ayam mentah bersaiz besar yang diletakkan dalam mangkuk kaca.
Malah, organ tersebut masih lagi dalam keadaan berdarah sewaktu ia dicucuk dengan garfu dan disuapkan ke dalam mulut.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi kerana rata-rata berpandangan dia makan sesuatu yang kotor malah ada yang mengaitkan dirinya dengan perkara mistik.
"Ada bela saka ke?
"Kalau suka makan mentah terutamanya ayam ni ada pendamping.
"Selalunya, kalau kerap suka makan benda berdarah ni ada yang 'menumpang' dalam badan," demikian antara komen netizen.
Mengakui makanan itu sedap, dari reaksi wajah wanita wanita berkenaan juga menampakkan dia sangat berselera menikmati hidangan kegemarannya itu.
"Serius tak tipu, memang shedap (sedap)," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai loya tekak dan risau wanita berkenaan terkena keracunan makanan.
"Macam mana boleh tahan bau tu.
"Kalau basuh ayam tu pun tekak aku dah kembang. Ni kan makan (mentah).
"Sesungguhnya tekak aku kembang tengok ni. Yang goreng pun aku tak makan ni kan pula mentah ni," kata netizen lagi.
Hukum mengenai makan daging atau ikan mentah telah dijawab oleh Mufti melalui portal rasmi mereka.
Dalam hal makan ikan mentah telah mati atau daging mentah yang disembelih secara syarak, tidak terdapat dalil khusus yang menyatakan akan pengharamannya.
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Imam al-Nawawi menjelaskan dalam satu permasalahan berkenaan hukum makan daging mentah, beliau menyatakan hukumnya adalah harus.
Pandangan ini juga sama menurut mazhab Maliki dan pandangan muktamad mazhab Hambali.
Meskipun begitu, keharusan memakannya adalah selama mana ia tidak membawa kepada kerosakan ataupun kemudaratan ke atas tubuh ataupun akal.
Ada pun sekiranya ia berisiko mendatangkan mudarat pada diri, maka ia tidak dibenarkan dan hukumnya boleh berubah kepada haram. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Organ ni la aku selalu buang kalau ada..geli kot
Dia boleh relax makan. Cmne dia boleh tak geli gigit2 hati ayam mentah tu. Tau tak hati ayam tu penapis toksin |
|
|
|
|
|
|
|
Orang sekarang demi konten, sanggup buat benda bodo.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 15-4-2023 01:44 AM
Orang sekarang demi konten, sanggup buat benda bodo.
Haha Bodo sungguh. Lumur coklat tu hadam lah jugak. Siap sumbat semua tu memang sungguh demi content. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodow…esuk2 kena Salmonella baru berakai… |
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 15-4-2023 01:44 AM
Orang sekarang demi konten, sanggup buat benda bodo.
Video apa bnd ni siak. Serious aku x bleh hadam |
|
|
|
|
|
|
|
jijik giler la yg mkn benda2 ni
bole plak kau telan yer |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke semalam ada berita yang vietnamese suka minum puding darah haiwan..., ada cacing dlm otak & darah dia kan sampai masuk spital |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 pontianak yg kacau ayam peliharaan org kampung tempoh hari kot  |
|
|
|
|
|
|
|
Euuwwww
Gila ke sundal ni
Ayam kena fully cooked baru boleh makan
Ada bakteria salmonella kot yucks
White meats kena masak betul2 , pork pun sama
Gila makan mentah2 euuwww |
|
|
|
|
|
|
| |
|