Oleh Adib Za Masyarakat di Indonesia hari ini dikejutkan dengan sekeping gambar yang memperlihatkan pengemis 'kaya' sedang berehat-rehat sambil bermain tablet dan juga menghisap rokok. Ia dapat dilihat menerusi akaun Facebook yang dipunyai oleh pengguna bernama Ronald Agus Handaya Adikusumo. Dalam gambar itu, jelas kelihatan seorang pengemis wanita yang bertudung duduk santai sambil bersandar. "Amboi, bukan main syok ya!" getus hati penulis. Di tangannya terkepit sebatang puntung rokok yang menyala sambil menguis-nguis skrin tablet miliknya. Manakala, di sebelahnya seorang lelaki yang disyaki juga seorang pengemis. Dengan tersebarnya gambar tersebut, ramai netizen dan juga masyarakat yang berasa marah terhadap segolongan pengemis yang dikatakan mengambil kesempatan ini. "Ini yang namanya ngemis2 di jalan....waktu senggangnya maen tablet sambil ngerokok,masih mau kasih uang ke mereka? Foto di area Pasteur Bandung." tulis Ronald, pemilik akaun facebook melalui statusnya. Gambar hiasan. (Sumber foto: Sumsel) Sudah tentu perkara ini bukan sesuatu yang baharu. Di Malaysia sendiri, lambakan peminta sedekah dan pengemis kelihatan mencurigakan dan ini menyebabkan ramai yang enggan menghulurkan bantuan. Lebih-lebih lagi apabila golongan ini terbukti hanyalah mengambil kesempatan terhadap kebaikan masyarakat. Gambar yang satu ini hanyalah satu contoh pengemis 'kaya' yang seharusnya tidak perlu dibantu dan mengharapkan belas ehsan daripada manusia lain. Bayangkan sahaja, seorang pengemis yang bergerak dari satu restoran ke satu restoran, dalam masa 10 minit sahaja dia boleh mengumpul RM50 (jangkaan penulis). Jadi, dalam masa sehari, dia boleh mengatasi gaji seorang eksekutif malah lebih tinggi pendapatannya daripada kebanyakan orang biasa. Berusahalah, menjadi seorang yang berguna dan lebih baik. Dan bukannya mempergunakan dan mengambil kesempatan! Pengemis 'kaya', berhentilah meminta-minta! - CARI Infonet
|
dino replied at 8-10-2015 12:01 PM
ingat labatablets td....
cc @MissNigga
MissNigga replied at 8-10-2015 12:10 PM
wakakakakakaaa...
dino replied at 8-10-2015 12:16 PM
pengemis rupanya....
MissNigga replied at 8-10-2015 12:27 PM
tyme busan mengemis ... boleh berporem secara online .. to kill the tyme katanya ... {:1_ ...
dino replied at 8-10-2015 12:01 PM
ingat labatablets td....
cc @MissNigga
imransulaiman replied at 8-10-2015 01:03 PM
Tablet tu dah arwah rasanya...
Tapi mungkin lepas ni akan muncul ipad pula?
ADVERTISEMENT