CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengawal Keselamatan Ditetak Penceroboh Pejabat Imigresen Tenom

14-4-2023 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 204| Komen: 0

Dua individu memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom, semalam menetak pengawal keselamatan dengan senjata tajam hingga cedera di tangan kiri.

Difahamkan, berusia 30 tahun turut diikat suspek yang dipercayai memecah masuk menerusi pintu belakang pejabat dengan memotong gril dalam kejadian kejadian antara 1 hingga 2 pagi itu.



PENGAWAL keselamatan cedera di tangan kiri akibat ditetak. FOTO Ihsan Pembaca.

Suspek kemudian beredar dengan memanjat pagar belakang dan menaiki kereta jenis sedan warna merah yang sudah menunggu di halaman belakang pejabat.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pengawal keselamatan itu sudah membuat laporan pada 12.41 tengah hari semalam.

Katanya, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu tiba di pejabat Imigresen Tenom pada 10.30 pagi tadi untuk membuat pemeriksaan lanjut.


"Pemeriksaan awal mendapati peralatan pejabat dan perkakasan masih berfungsi dan tidak berlaku kerosakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya melaporkan ke pejabat polis berdekatan, malah dinasihat tidak membuat spekulasi dan menyebar perkara yang boleh mengganggu siasatan polis.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069927 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top