Dua individu memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom, semalam menetak pengawal keselamatan dengan senjata tajam hingga cedera di tangan kiri.
Difahamkan, berusia 30 tahun turut diikat suspek yang dipercayai memecah masuk menerusi pintu belakang pejabat dengan memotong gril dalam kejadian kejadian antara 1 hingga 2 pagi itu.
 PENGAWAL keselamatan cedera di tangan kiri akibat ditetak. FOTO Ihsan Pembaca.
Suspek kemudian beredar dengan memanjat pagar belakang dan menaiki kereta jenis sedan warna merah yang sudah menunggu di halaman belakang pejabat.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pengawal keselamatan itu sudah membuat laporan pada 12.41 tengah hari semalam.
Katanya, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu tiba di pejabat Imigresen Tenom pada 10.30 pagi tadi untuk membuat pemeriksaan lanjut.
" emeriksaan awal mendapati peralatan pejabat dan perkakasan masih berfungsi dan tidak berlaku kerosakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya melaporkan ke pejabat polis berdekatan, malah dinasihat tidak membuat spekulasi dan menyebar perkara yang boleh mengganggu siasatan polis.
Sumber: Harian Metro |