CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Dicekup Curi Kat ATM Kawan, Joli Sakan Beli iPhone Dan Barang Kemas

14-4-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1866| Komen: 10

Polis pada Jumaat lalu menahan gadis berusia 21 tahun selepas dipercayai mencuri kad ATM dan menggunakan wang milik rakan sendiri untuk membeli telefon bimbit berjenama.

Suspek juga dikesan berbelanja pelbagai barangan kegunaan lain sebelum menghilangkan diri sejak 23 Mac lalu.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya sebelum ini menerima laporan daripada mangsa berhubung pengurangan wang dalam akaun bank miliknya sebanyak RM8,200.


Seorang gadis diberkas selepas mencuri kad ATM dan menggunakan wang milik rakan sendiri untuk membeli telefon bimbit berjenama. - Foto tular

"Siasatan dijalankan Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mendapati transaksi ini bermula pada 23 Mac secara berperingkat.

"Siasatan kemudiannya dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997, sehinggalah pihak polis berjaya menjejaki identiti suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.


Suspek kemudiannya diberkas di sebuah premis di Pandan Perdana, Ampang Jaya, minggu lalu kira-kira jam 12.25 tengah malam.

"Dalam serbuan itu pihak polis merampas sekeping kad ATM milik mangsa dan sebuah telefon bimbit berjenama yang dipercayai dibeli menggunakan transaksi akaun bank mangsa," katanya.

Semalam, tular di media sosial seorang gadis mendakwa menjadi mangsa rakannya sendiri setelah kad ATM miliknya dicuri selain wang miliknya digunakan untuk membeli telefon bimbit berjenama.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chikumanis 14-4-2023 04:03 PM
min, tajuknya min..bukan KAT tapi KAD
Quote seripahzeripah 14-4-2023 04:29 PM
Berita pun salah...dia kena cekup 13 april and dia curik duit and kad atm mak sedara dia..yg kawan² pun dia ada tipu cash and curi juga..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid037tQPuPxdQfoBm7cyd4nZCUtbtToRiqFxmFFuSHbywRg7XFBG93VCoEYBJU9G1dL1l&id=100001540553617&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f
Quote Raline 14-4-2023 04:30 PM
[Tempatan] Wanita beli iPhone guna kad curi
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5162954&extra=
Post time 14-4-2023 03:11 PM


sula ala woo
Quote Skuau 14-4-2023 04:46 PM
chikumanis replied at 14-4-2023 04:03 PM
min, tajuknya min..bukan KAT tapi KAD

ATM tu milik kawan dia...kot.
Quote soy_beans 14-4-2023 05:13 PM
Pernah kena. Parents bg duit makan. Tgk rumet gopoh gapah keluar pegi bandar.

Hujung sem jumpa kad tu dalam almari dia. Kita punya la ketakutan duit takde nak makan, nangis2. Dia selamba je acah2 care
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2023 05:38 PM
Ni musti guna PIN ATM tarikh lahir ikut IC, akak punya kad ATM guna nombor PIN tarikh The Second Coming of Nabi Yesus Kristus A.S. , susah ummah nak teka, malaikat Gabriel pun tak tahu nombor PIN akak
Quote downiey 16-4-2023 11:56 AM
sedap2 je ko abeskn duit.. nk tnye kes yg gune kad atm polis dulu ape cerita
Quote shernazz 16-4-2023 11:58 AM
Cam hanat kan..
Mesti kawan TU pernah mintak tolong minah ni utk keluarkan duit
Then dia ingat lagi pin number TU...Kasi songlap la kemudian


Quote Burong_Hantuk 16-4-2023 12:39 PM
adoi....cari nahas
Quote she 16-4-2023 12:56 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-4-2023 05:38 PM
Ni musti guna PIN ATM tarikh lahir ikut IC, akak punya kad ATM guna nombor PIN tarikh The Second Com ...

Sayamku

Letak no pin Da Vinci pun
Tapi pencurik tu intip dan hafal no pin masa macik dia tekan pin kat kaunter grocery

Kena cover sikit pandangan pencurik
Gunakan tek sebelah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.029726 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top