Segelintir peniaga atau individu yang mahu mencari duit lebih menjadikan jualan online sebagai lubuk rezeki. Malah, mereka mampu meraih pulangan ribuan ringgit dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Melalui kaedah itu juga, peniaga mampu menjimatkan wang dari segi kos sewa tapak serta gaji pekerja dan meraih pulangan berganda. Seorang ejen, Puteri Nur Aisyah Razman, 25, mendedahkan dia mendapat komisen RM3,000 untuk tempoh dua jam menjual baju raya menerusi TikTok. Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari sebuah universiti awam itu berkata, dia memberanikan diri menceburi bidang perniagaan ini kerana mahu mencari wang tambahan untuk menyambut Aidilfitri selain menampung keperluan sepanjang menjalankan latihan industri di sebuah stesen radio tempatan. “Ini kali pertama saya terlibat sebagai ejen untuk dua jenama pakaian raya popular, target saya sehari dapat jual dalam 10 pasang pun sudah memadai.
“Tetapi tak sangka, hari pertama buat TikTok live, 39 pasang baju kurung terjual, dan 11 pasang baju Melayu terjual dalam tempoh dua jam dan saya mendapat komisen sekitar RM25 hingga RM50 untuk sepasang. “Malah setiap kali berniaga di TikTok live, saya berjaya menjual sekitar 50 hingga 80 pasang,” katanya kepada Kosmo! semalam. Menurut Puteri, dia memperuntukkan dua jam setiap hari bermula pukul 9.30 malam untuk mempromosikan kesemua koleksi raya dengan pelbagai tawaran-tawaran menarik sebagai strategi jualan. Katanya, dia memilih aplikasi TikTok sebagai platform jualannya kerana ramai pengguna media sosial hari ini lebih gemar berbelanja di TikTok Shop berbanding medium e-dagang lain. “Seronok berniaga online, lebih lagi-lagi menjadi ejen. Ini kerana kita tidak perlu keluar modal besar, kerana hanya bantu mempromosikan pakaian jenama orang lain, lokasi pun boleh buat di mana-mana serta tidak perlu sewa tapak atau kedai, janji cukup data internet dan pandai pilih barang,” kongsinya. Sementara itu, seorang peniaga biskut raya, Rosnah Salahuddin, 43, berkata, tahun ini dia memilih untuk berniaga secara online sepenuhnya berbanding sebelum ini kerana sewa tapak bazar yang mahal dikenakan oleh pihak tertentu. “Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya memang berniaga biskut raya di platform media sosial di samping menyewa satu tapak di bazar Aidilfitri. “Namun sejak PKP tempoh hari, semuanya secara online. Alhamdulillah, keuntungan jualan hampir sama seperti berniaga di bazar. Saya berniaga di Facebook, Instagram, TikTok dan Shopee sebab nak sewa tapak bazar tak berbaloi,” ujarnya. Ibu kepada lima anak itu memberitahu, permintaan untuk biskut raya juga amat menggalakkan dan sepanjang hampir sebulan dia berniaga bersama anak-anaknya, mereka sudah menjana keuntungan hampir RM10,000. “Tak putus-putus orang tempah, biskut raya ready stok pun sekejap sahaja habis. Memang penat apabila perlu menyediakan lebih 10 jenis biskut raya antaranya semperit, makmur, almond london, tat nanas dan batang buruk. “Tetapi untung dan permintaan daripada pelanggan yang luar biasa membuatkan saya lupa erti penat, syukur rezeki Ramadan tahun ini buat kami tujuh beranak,” luahnya. Sumber: Kosmo
|
shernazz replied at 14-4-2023 03:13 PM
Dolu iols suka beli kat pkns
Now.nak gi pkns pung bercinta..
Huhuu
seri_mawr replied at 14-4-2023 03:24 PM
iouls still pi PKNS...nak pegang kainnya..selesa ke tidak...
mungkin faktor usia...x suka beli on ...
ADVERTISEMENT