CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 7

Penuntut IPT Dapat Komisen RM3,000, 2 Jam Jual Baju Raya Di Tiktok

[Copy link]
Post time 14-4-2023 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Segelintir peniaga atau individu yang mahu mencari duit lebih menjadikan jualan online sebagai lubuk rezeki.


Malah, mereka mampu meraih pulangan ribuan ringgit dalam tempoh beberapa jam sahaja.


Melalui kaedah itu juga, peniaga mampu menjimatkan wang dari segi kos sewa tapak serta gaji pekerja dan me­raih pulangan berganda.




Gambar hiasan




Seorang ejen, Puteri Nur Aisyah Razman, 25, mendedahkan dia mendapat komisen RM3,000 untuk tempoh dua jam menjual baju raya menerusi TikTok.


Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari sebuah universiti awam itu berkata, dia memberanikan diri menceburi bidang perniagaan ini kerana mahu mencari wang tambahan untuk menyambut Aidilfitri selain menampung ke­perluan sepanjang menjalankan latihan industri di sebuah stesen radio tempatan.


“Ini kali pertama saya terlibat sebagai ejen untuk dua jenama pakaian raya popular, target saya sehari dapat jual dalam 10 pasang pun sudah memadai.


“Tetapi tak sangka, hari pertama buat TikTok live, 39 pasang baju kurung terjual, dan 11 pasang baju Melayu terjual dalam tempoh dua jam dan saya mendapat komisen sekitar RM25 hingga RM50 untuk sepasang.


“Malah setiap kali berniaga di TikTok live, saya berjaya menjual sekitar 50 hingga 80 pasang,” katanya kepada Kosmo! semalam.


Menurut Puteri, dia memperuntukkan dua jam setiap hari bermula pukul 9.30 malam untuk mempromosikan kesemua koleksi raya dengan pelbagai tawaran-tawaran menarik sebagai strategi jualan.


Katanya, dia memilih aplikasi TikTok sebagai platform jualan­nya kerana ramai pengguna media sosial hari ini lebih gemar berbelanja di TikTok Shop berbanding medium e-dagang lain.


“Seronok berniaga online, lebih lagi-lagi menjadi ejen. Ini kerana kita tidak perlu keluar modal besar, kerana hanya bantu mempromosikan pakaian jenama orang lain, lokasi pun boleh buat di mana-mana serta tidak perlu sewa tapak atau kedai, janji cukup data internet dan pandai pilih barang,” kongsinya.




Gambar hiasan




Sementara itu, seorang peniaga biskut raya, Rosnah Salahuddin, 43, berkata, tahun ini dia memilih untuk berniaga secara online sepenuhnya berbanding sebelum ini kerana sewa tapak bazar yang mahal dikenakan oleh pihak tertentu.


“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, saya memang berniaga biskut raya di platform media sosial di samping menyewa satu tapak di bazar Aidilfitri.


“Namun sejak PKP tempoh hari, semuanya secara online. Alhamdulillah, keuntungan jualan hampir sama seperti berniaga di bazar. Saya berniaga di Facebook, Instagram, TikTok dan Shopee sebab nak sewa tapak bazar tak berbaloi,” ujarnya.


Ibu kepada lima anak itu memberitahu, permintaan untuk biskut raya juga amat menggalakkan dan sepanjang hampir sebulan dia berniaga bersama anak-anaknya, mereka sudah menjana keuntungan hampir RM10,000.


“Tak putus-putus orang tempah, biskut raya ready stok pun sekejap sahaja habis. Memang penat apabila perlu menyediakan lebih 10 jenis biskut raya antaranya semperit, makmur, almond london, tat nanas dan batang buruk.


“Tetapi untung dan permintaan daripada pelanggan yang luar biasa membuatkan saya lupa erti penat, syukur rezeki Ramadan tahun ini buat kami tujuh beranak,” luahnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dolu iols suka beli kat pkns
Now.nak gi pkns pung bercinta..
Huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 03:24 PM | Show all posts
shernazz replied at 14-4-2023 03:13 PM
Dolu iols suka beli kat pkns
Now.nak gi pkns pung bercinta..
Huhuu

iouls still pi PKNS...nak pegang kainnya..selesa ke tidak...

mungkin faktor usia...x suka beli online...ahahahaha...


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 03:26 PM | Show all posts
iols bau jarang sgt beli online
yg beli online kebanyakkannya mmg x pakai or bagi org je last2
tp online murah2 geram tgk cuma x yakinnn nk membeli tmbh2 baju raya
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bbnu rajin lah online, brand2 yg dijual pun mmg ada nama, harga bawah dari RM200 kebanyakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 04:27 PM | Show all posts
kain baju nie aku suka beli dikedai...pegang rasa baru tau kualiti, beli online takot kena scam je, huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2023 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 14-4-2023 03:24 PM
iouls still pi PKNS...nak pegang kainnya..selesa ke tidak...

mungkin faktor usia...x suka beli on ...

Iols suka ke sana tapi faktor anak kecik2 ni mmg susah sikit nak kawal kan..haha
Dolu iols slalu gi tengah malam..lepas terawih TU .baru ke sana..tapi skang kalau buat gitu sampai ke sudah le tak dpt parking..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tadi Jalan2 sekali masuk Muaz.. Cuci2 mata, sekali dapatlah beli baju kebaya satu set rm79.. Lawo2 jugak, lagi2 kebaya nyonya.. Kalau baju2 kurung yg bawah rm50 tu kain nipis, pastu jahitan tak cantik sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044458 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list