CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengamuk Sebab Gagal Pikat Isteri Orang Di Bar

13-4-2023 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 631| Komen: 2

BANGKOK – Seorang lelaki menyerang enam individu termasuk seorang wanita kerana menolak permintaannya untuk mendapatkan akaun aplikasi mesej  Line milik mangsa.

Tahiger melaporkan, menurut salah seorang mangsa yang merupakan suami kepada wanita berkenaan, Adisak Wiatesing, 24, dia membuat laporan polis selepas mereka diserang suspek, Pae pada 10 April lalu.


Adisak berkata, dia ketika itu pergi ke sebuah bar bersama isterinya, Sukanya Thaweechokkamthorn, 27 dan empat rakan mereka. 

Sukanya, Foto: ThaiRath

Ketika pergi ke tandas,  Sukanya  menanti suaminya di bahagian hadapan bar  itu secara  berseorangan apabila dia didatangi oleh Pae.

Suspek meminta akaun Line wanita itu namun tidak dilayan oleh Sukanya.

Selepas keluar dari tandas, Adisak memberitahu suspek bahawa dia ialah suami kepada Sukanya sebelum mereka kembali ke meja makan.


Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek mengekori mereka dan memintas kenderaan yang dinaiki pasangan itu. 

Suspek kemudian menyerang Adisak dan rakan-rakannya sejurus mereka keluar dari kereta.

“Saya tidak mengalami kecederaan teruk, namun amat marah kerana suspek menendang muka isteri saya.

“Dia melakukan perkara itu kepada wanita. Saya tidak akan berhenti menuntut keadilan bagi pihak isteri saya,” kata Adisak.

Menurutnya, suspek mengunjungi bar tersebut bersama teman wanitanya, justeru dia tidak memahami mengapa lelaki tersebut cuba mengganggu isteri orang.

Menurut pegawai polis, suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis pada 18 April ini. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 14-4-2023 05:03 PM
Jenis jantan narsistik kot. So butthurt kalau pompuan rejek dia
Quote Zack8hunter 14-4-2023 06:26 PM
masalahnya dia sorg boleh belasah 5 lelaki + 1 pompuan..kaki tomoi ke hape?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038517 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top