CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 2

Lelaki Mengamuk Sebab Gagal Pikat Isteri Orang Di Bar

[Copy link]
Post time 13-4-2023 09:42 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Seorang lelaki menyerang enam individu termasuk seorang wanita kerana menolak permintaannya untuk mendapatkan akaun aplikasi mesej  Line milik mangsa.


Tahiger melaporkan, menurut salah seorang mangsa yang merupakan suami kepada wanita berkenaan, Adisak Wiatesing, 24, dia membuat laporan polis selepas mereka diserang suspek, Pae pada 10 April lalu.


Adisak berkata, dia ketika itu pergi ke sebuah bar bersama isterinya, Sukanya Thaweechokkamthorn, 27 dan empat rakan mereka.


Sukanya, Foto: ThaiRath




Ketika pergi ke tandas,  Sukanya  menanti suaminya di bahagian hadapan bar  itu secara  berseorangan apabila dia didatangi oleh Pae.


Suspek meminta akaun Line wanita itu namun tidak dilayan oleh Sukanya.


Selepas keluar dari tandas, Adisak memberitahu suspek bahawa dia ialah suami kepada Sukanya sebelum mereka kembali ke meja makan.


Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek mengekori mereka dan memintas kenderaan yang dinaiki pasangan itu.


Suspek kemudian menyerang Adisak dan rakan-rakannya sejurus mereka keluar dari kereta.


“Saya tidak mengalami kecederaan teruk, namun amat marah kerana suspek menendang muka isteri saya.


“Dia melakukan perkara itu kepada wanita. Saya tidak akan berhenti menuntut keadilan bagi pihak isteri saya,” kata Adisak.


Menurutnya, suspek mengunjungi bar tersebut bersama teman wanitanya, justeru dia tidak memahami mengapa lelaki tersebut cuba mengganggu isteri orang.


Menurut pegawai polis, suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis pada 18 April ini. – CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2023 05:03 PM | Show all posts
Jenis jantan narsistik kot. So butthurt kalau pompuan rejek dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya dia sorg boleh belasah 5 lelaki + 1 pompuan..kaki tomoi ke hape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.226749 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list