Tentera Myanmar melancarkan serangan maut pada Selasa lalu ke atas perhimpunan di kampung anjuran kumpulan penentang yang memberontak. Dakwanya, jika ada orang awam maut, ia adalah kerana mereka dipaksa untuk membantu 'pengganas.'
Angka korban serangan udara ke atas kawasan Sagaing di barat laut Myanmar itu telah mencecah 100 mangsa, termasuk kanak-kanak, menurut laporan media, menjadikannya yang paling berdarah dalam siri serangan udara dilancarkan tentera junta, baru-baru ini. Jurucakap junta, Zaw Min Tun, memberitahu saluran siaran tentera Myawaddy, malam kelmarin, serangan itu menyasarkan satu majlis diadakan oleh Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) untuk kumpulan bersenjata mereka, Pasukan Pertahanan Rakyat. Beliau mendakwa, ia bertujuan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di wilayah berkenaan. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT