TOKYO – Seorang wanita berusia 61 tahun di Jepun berkahwin dengan lelaki berumur 29 tahun yang tujuh tahun lebih muda daripada anaknya. Mothership melaporkan, Kurata Ratsuko telah berkongsi kehidupan bersama pasangannya di media sosial. Dalam sebuah hantaran di aplikasi Ameblo, dia menyifatkan kisah cintanya dengan lelaki itu sebagai ‘pertemuan yang sudah ditakdirkan’.
Menurut Ratsuko, dia pertama kali bertemu suaminya di sebuah kedai kopi di daerah Ikebukuro, Tokyo. Ketika itu, dia terjumpa sebuah telefon yang ditinggalkan di atas sofa dalam kedai tersebut. Lelaki itu kemudian kembali ke kedai tersebut untuk mencari telefonnya. Kali kedua mereka bertemu adalah di dalam kereta api dan ketika itulah mereka bertukar-tukar maklumat peribadi.
“Ia satu keajaiban, itu takdir. Nampaknya dia juga sedang mencari suri hati,” katanya. Ratsuko mula memuat naik gambar mereka di Instagram pada September 2020 sebelum bertunang pada 21 Mei 2021. Menurut profil Ratsuko di Ameblo, pasangan itu mendaftar perkahwinan mereka pada 24 Disember 2022. Keluarga Ratsuko nampaknya menyokong hubungannya dengan suaminya. Di Instagram, Ratsuko menyiarkan foto dia bersama suami dan keluarga anak lelakinya ketika mereka berada di Disneyland. Anak lelakinya berumur 36 tahun manakala isterinya berumur 29 tahun, sebaya dengan suami Ratsuko. – CARI Sumber: Kosmo
|
plywood replied at 12-4-2023 06:18 PM
Mula-mula aku ingat ini semua pasal duit tetapi bila baca artikel aku rasa ianya perkara lain.
dua_chzy replied at 12-4-2023 11:52 PM
1. The boy got mother complex.
2. The woman is a fine cougar.
sukacactus replied at 13-4-2023 11:34 AM
Tp nenek ni comel
FlexyFox replied at 13-4-2023 10:52 AM
61 is too old..... adeh! Aku terbayang bab nak asmara dana tu Pompuan dah menopause ni. Laki baru ...
SohaiLaksawi replied at 13-4-2023 03:33 PM
dlm jav ade je anak hikan fetish dgn granny, mamat ni salah satu golongannya
ADVERTISEMENT