TOKYO – Seorang wanita berusia 61 tahun di Jepun berkahwin dengan lelaki berumur 29 tahun yang tujuh tahun lebih muda daripada anaknya.
Mothership melaporkan, Kurata Ratsuko telah berkongsi kehidupan bersama pasangannya di media sosial. Dalam sebuah hantaran di aplikasi Ameblo, dia menyifatkan kisah cintanya dengan lelaki itu sebagai ‘pertemuan yang sudah ditakdirkan’.
Menurut Ratsuko, dia pertama kali bertemu suaminya di sebuah kedai kopi di daerah Ikebukuro, Tokyo.
Banyak Kali Terjumpa, Wanita 61 Tahun Kahwini Pemuda 7 Tahun Lebih Muda Daripada Anak
Ketika itu, dia terjumpa sebuah telefon yang ditinggalkan di atas sofa dalam kedai tersebut. Lelaki itu kemudian kembali ke kedai tersebut untuk mencari telefonnya.
Kali kedua mereka bertemu adalah di dalam kereta api dan ketika itulah mereka bertukar-tukar maklumat peribadi.
“Ia satu keajaiban, itu takdir. Nampaknya dia juga sedang mencari suri hati,” katanya.
Ratsuko mula memuat naik gambar mereka di Instagram pada September 2020 sebelum bertunang pada 21 Mei 2021. Menurut profil Ratsuko di Ameblo, pasangan itu mendaftar perkahwinan mereka pada 24 Disember 2022.
Keluarga Ratsuko nampaknya menyokong hubungannya dengan suaminya. Di Instagram, Ratsuko menyiarkan foto dia bersama suami dan keluarga anak lelakinya ketika mereka berada di Disneyland.
Anak lelakinya berumur 36 tahun manakala isterinya berumur 29 tahun, sebaya dengan suami Ratsuko. – CARI
Sumber: Kosmo |