CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bercerai dah fikir sampai hangus sebelum buat keputusan - Fazley Yaakob

2-11-2024 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 56157| Komen: 28




Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui rimas dengan sikap segelintir individu terutama golongan lelaki yang kerap campur tangan rumah tangga orang lain.

Menurut Fazley, 46, golongan tersebut seharusnya menjaga rumah tangga sendiri daripada sewenang-wenangnya menitipkan nasihat mengenai perceraian pasangan lain.

“Kepada golongan suami yang masih berkahwin, tidak perlu nak memberi nasihat kepada duda-duda lain bagaimana untuk menjaga isteri.

“Nasihat saya, jagalah isteri sendiri,” katanya dalam Instagram.

Katanya, golongan tersebut tidak perlu menjadi ‘terpaling tahu’ atau berlagak persis agamawan untuk memberi nasihat kepada orang lain.

“Tidak perlu menjadi Pak Maon, suruh kuatkan agama, sudah seperti macam ustaz skibidi bombom dan usah jadi penceramah motivasi nak bagi 88 tip rumah tangga bahagia.


“Setiap perceraian pasti dah difikir masak-masak dan sampai hangus, sebelum membuat keputusan,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Asmara Ini itu mahu orang ramai memberi ruang kepada lelaki yang baru bercerai dan mengambilnya sebagai iktibar.

“Sudah menjadi suratan atau kebetulan ramai pula yang berpisah tahun ini.

“Berilah golongan duda ini ruang juga okey, daripada saya yang bukan Presiden Kelab Duda 2024, Prof. Dato Chef Fazley Yaakob,” katanya lagi.

Terdahulu, pada 15 Oktober lalu, Fazley mendedahkan dia dan Azrene sudah tidak lagi bergelar suami isteri sejak beberapa bulan lalu.

Meskipun berpisah, kasih sayang Fazley terhadap Azrene tetap utuh malah menyifatkan wanita itu sebagai teman hidup.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2006 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13 serta Alayna Selma kini berusia 7 tahun.  

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nozot 2-11-2024 11:28 AM
terpaling cerai.. semak la.
Quote shernazz 2-11-2024 11:47 AM
Dah lah.
Baik iols layan lagu bts
Quote brainbiru 2-11-2024 12:00 PM
Huk alohhhhh who's talking. Masa mertua kau kena caj hari tu, mencapub2 ko cerca mertua kau!!! Mertua tau! Ibarat mak kandung sepatutnya. Tp kau openly cerca!!!
[ig]https://www.instagram.com/reel/DB0Lux2xOxm/?igsh=aDNka2FlZjJndjNw[/ig]
Quote jihah_kudat 2-11-2024 12:50 PM
selain sherry ex fatah..fazley juga antara retis yg aku tak faham apa kejadah bukak tread banyak2..femes pun tak product baru pun takde..
Quote marsie 2-11-2024 01:02 PM
Jap…perlu ke mention title ‘Prof’ ‘Dato’ segala dalam own socmed posting? Lapar title eh mamat ni.
Quote imanjannah 2-11-2024 01:11 PM
Mukanya..
Quote ezacbee 2-11-2024 01:15 PM
marsie replied at 2-11-2024 01:02 PM
Jap…perlu ke mention title ‘Prof’ ‘Dato’ segala dalam own socmed posting? Lapar title eh mamat  ...

Memang pun. Phd pun tipu.



Quote scarflicious 2-11-2024 01:23 PM
Org bagi nasihat pon terasa. Elok ler cerai
Quote Hoola 2-11-2024 01:44 PM
jejaka ksygn achik2 porem
#senyumsenget
#selpiebodygym before and after
Quote hokeypokey 2-11-2024 04:45 PM
Edited by hokeypokey at 2-11-2024 04:46 PM

Geliiii la ngan misai ko tu
Quote fossil 2-11-2024 05:28 PM
sebab ko tak hensem takde lah acik por nak backup ko mcm depa bekap bedol siap bertingkat2 rumah bedol the hottest duda
Quote slyfynx 2-11-2024 05:28 PM
Ko kalau kawin lapan pun xde sape kesah nok
Quote kucing_gebu 2-11-2024 06:26 PM
sudah2 la. xde sapa kesah pun ko serai ke idak. ko berdua ni xde dlm senarai netizen pun
Quote TerataiMelur02 2-11-2024 06:29 PM
Alamak..sorang lagi retis bercerai..memang musim ya agaknya
IMG_1968.jpeg
Quote bublysnowflake 2-11-2024 06:29 PM
asmara ini blablabla...
dia kn yg pernah video call ke iv acik brit dlu
Quote Russ34 2-11-2024 07:16 PM
X faham motip laki² cukur kening ala² luka  mcm tu.. trend yg dimulakan oleh MK huhu
Quote MisXoXo 3-11-2024 09:04 PM
Gi kutuk mertua dan mak sendiri lagi.jahat2 mak ko..dia xlayak dihina lagilah semasa dia hadapi ujian.
Aku xsokong perbuatan hina mak sendiri ni walau jahanam mak ko dimata ko.
Dia dgn Penyanyi spore tu bff kan.
Quote cikX87 3-11-2024 10:16 PM
gambo tu ayoooooo jijikssssss
Quote silampumeja 4-11-2024 12:13 AM
brainbiru replied at 2-11-2024 04:00 AM
Huk alohhhhh who's talking. Masa mertua kau kena caj hari tu, mencapub2 ko cerca mertua kau!!! Mertu ...

Dgn adiknyaEx mawar pun join skali

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.297316 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top