Selera seorang pelanggan untuk menikmati Vadai terbantut apabila menemui sebatang gigi berlubang dalam makanan tradisional kaum India itu. Penemuan mengejut itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok sehingga menjadi tular.
"Buka puasa apa hari ni gais? Kami beli kuih percuma gigi dalam kuih. "Pakej gigi berlubang," dakwanya menerusi satu video. Menurut seorang wanita, kejadian itu disedari oleh salah seorang ahli keluarganya yang sedang menjamah makanan tersebut. "Abang kunyah-kunyah keras ingatkan apa, sekali keluarkan dari mulut tengok rupanya gigi," katanya. Kejadian disedari ketika seorang ahli keluarga memakan kuih tersebut.
Dalam pada itu, dia menafikan tanggapan netizen terhadap bendasing di dalam kuih adalah biji barli. "Bukan, itu gigi," katanya lagi tanpa mendedahkan lokasi bazar Ramadan dan tarikh kejadian. Bagaimanapun, siapa pemilik gigi berlubang itu terus menimbulkan tanda tanya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan 'misteri' dalam makanan yang dibeli pelanggan itu di bazar Ramadan. "Loya tekak sebulan. "Daripada aku rasa lapar terus mual tak jadi lapar dah. "Mungkin peniaga ingat tu barli. "Kalau aku yang kena memang taubat nak beli kuih," demikian antara komen netizen.- CARI Sumber: mStar
|
kakikuDibibirmu replied at 12-4-2023 06:14 PM
Hidupku seperti Vadai tak henti gelora, musnahlah segala, perasaan dan harapan untuk hari esok tiada ...
noor2 replied at 12-4-2023 06:16 PM
Kak kaki....berbuka apa hari ni....
kakikuDibibirmu replied at 12-4-2023 06:17 PM
Ayam masak kicap, kak noor2 pulak?
ADVERTISEMENT