View: 722|Reply: 9
|
Kunyah-Kunyah Rasa Keras, Jumpa Gigi Berlubang Dalam Vadai
[Copy link]
|
|
Selera seorang pelanggan untuk menikmati Vadai terbantut apabila menemui sebatang gigi berlubang dalam makanan tradisional kaum India itu.
Penemuan mengejut itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok sehingga menjadi tular.
Foto: Tiktok
"Buka puasa apa hari ni gais? Kami beli kuih percuma gigi dalam kuih.
"akej gigi berlubang," dakwanya menerusi satu video.
Menurut seorang wanita, kejadian itu disedari oleh salah seorang ahli keluarganya yang sedang menjamah makanan tersebut.
"Abang kunyah-kunyah keras ingatkan apa, sekali keluarkan dari mulut tengok rupanya gigi," katanya.
Kejadian disedari ketika seorang ahli keluarga memakan kuih tersebut.
Dalam pada itu, dia menafikan tanggapan netizen terhadap bendasing di dalam kuih adalah biji barli.
"Bukan, itu gigi," katanya lagi tanpa mendedahkan lokasi bazar Ramadan dan tarikh kejadian.
Bagaimanapun, siapa pemilik gigi berlubang itu terus menimbulkan tanda tanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan 'misteri' dalam makanan yang dibeli pelanggan itu di bazar Ramadan.
"Loya tekak sebulan.
"Daripada aku rasa lapar terus mual tak jadi lapar dah.
"Mungkin peniaga ingat tu barli.
"Kalau aku yang kena memang taubat nak beli kuih," demikian antara komen netizen.- CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana gigi masuk dalam makanan yg tengah dimasak, bersin ker? ini nightmareeee
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 12-4-2023 06:14 PM
Hidupku seperti Vadai tak henti gelora, musnahlah segala, perasaan dan harapan untuk hari esok tiada ...
Kak kaki....berbuka apa hari ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 12-4-2023 06:16 PM
Kak kaki....berbuka apa hari ni....
Ayam masak kicap, kak noor2 pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 12-4-2023 06:17 PM
Ayam masak kicap, kak noor2 pulak?
Kuetiaw je....kak jela yg nk Kuetiaw...org lain dlm rumah ni mkn nasi ..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
OMG arrghhhhhhhhh muntah berbaldi2 woiiii huarrghhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk thumbnail, mati2 ingatkan laici.
Dah baca, terus terasa nak Asad Montahhh weiii.
Bukan gigi org yg kunyah tu ke? (nak sedapkan hati) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 14-4-2023 01:10 AM
Ntah2 gigi dr org proses kcg dal tu..yg menuai,yg mesin..yg packing..x memasal org yg msk pulak yg kena..tp salah jgk org yg memasak x belek btl2 kot2 ada batu batu n segala mala benda asing,sblm msk! |
|
|
|
|
|
|
| |
|