JAKARTA – Tindakan seorang lelaki di Indonesia yang berbaring di atas motosikal ketika kenderaan itu sedang bergerak laju mengundang padah! Liputan6 melaporkan, akibat tindakannya itu, dia merempuh sebuah kedai di tepi jalan.
Berdasarkan video yang tular di laman Instagram, gelagat penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘gaya bebas’ itu dirakam dengan dia dilihat melakukan gaya seolah-olah sedang tidur. Dengan posisi tidur terlentang, pemuda yang tidak memakai topi keledar itu turut menutup matanya sambil motosikalnya terus bergerak laju. Seperti yang dijangka, kenderaan itu mula hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum lelaki berkenaan sempat mengawal kembali pendikit motosikal. Dia lantas merempuh sebuah kedai rokok yang berada di tepi jalan, menyebabkan bumbung kedai tersebut musnah.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang lain. “Sesuai dengan ‘harapan’, penamat video itu berakhir dengan ‘bagus’ sekali,” kata seorang netizen secara sinis. “Hidup kalau tiada masalah, jangan cari masalah,” ujar seorang pengguna lain. – CARI Sumber: Kosmo
|
Carcosa replied at 11-4-2023 10:38 PM
Ada lalu video buduh ni. Dah agak dah, acah2 je tido. Dia nak buat kengkonon dia tertidur masa bwk m ...
gideoncross replied at 12-4-2023 02:39 PM
Uol trtngok video ni kat mana? Aiol nmpk kat FB.
Carcosa replied at 12-4-2023 10:29 PM
Dekat TikKetok kot.
Meols pun dah lupa. Tapi mmg nampakla lakonan cuma. Takkan la sampai tertidur ...
ADVERTISEMENT