View: 1011|Reply: 9
|
Tak Pakai Keledar, Baring Atas Motor Bergerak Sambil Tutup Mata- Mat Rempit Langgar Kedai Sampai Pecah Bumbung
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Tindakan seorang lelaki di Indonesia yang berbaring di atas motosikal ketika kenderaan itu sedang bergerak laju mengundang padah!
Liputan6 melaporkan, akibat tindakannya itu, dia merempuh sebuah kedai di tepi jalan.
Berdasarkan video yang tular di laman Instagram, gelagat penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘gaya bebas’ itu dirakam dengan dia dilihat melakukan gaya seolah-olah sedang tidur.
Dengan posisi tidur terlentang, pemuda yang tidak memakai topi keledar itu turut menutup matanya sambil motosikalnya terus bergerak laju.
Seperti yang dijangka, kenderaan itu mula hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum lelaki berkenaan sempat mengawal kembali pendikit motosikal.
Dia lantas merempuh sebuah kedai rokok yang berada di tepi jalan, menyebabkan bumbung kedai tersebut musnah.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang lain.
“Sesuai dengan ‘harapan’, penamat video itu berakhir dengan ‘bagus’ sekali,” kata seorang netizen secara sinis.
“Hidup kalau tiada masalah, jangan cari masalah,” ujar seorang pengguna lain. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lalu video buduh ni. Dah agak dah, acah2 je tido. Dia nak buat kengkonon dia tertidur masa bwk motor tu. Ujung2 accident. Baguslah kalau mampos terus. Kurang satu buduh dlm dunia yg fana ini |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga skrotumnya pecah dan tak mampu memproses sperma agar tidak membiak dan menyebarkan kebodoan tersebut gitu |
|
|
|
|
|
|
|
elok dia tidur terus akibat kemalangan ituh.. |
|
|
|
|
|
|
|
elok motor tu zumm pi dekat org bakar lemang..
bole rentung tros |
|
|
|
|
|
|
|
Uol trtngok video ni kat mana? Aiol nmpk kat FB. |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 12-4-2023 02:39 PM
Uol trtngok video ni kat mana? Aiol nmpk kat FB.
Dekat TikKetok kot.
Meols pun dah lupa. Tapi mmg nampakla lakonan cuma. Takkan la sampai tertidur terkulai ke belakang mcm tu kan penatnya. Aneh2 je diorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Video dri warga +62 mmg pelik2, pstu kabur2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|