CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Peminat Cium Mulut Anak, Preity Zinta Minta Hormat Privasi

11-4-2023 09:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1309| Komen: 8|Original author: Tatod

Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta meluahkan rasa kesal atas tindakan seorang wanita yang mengambil gambar dan mencium anaknya dalam diam.

Kata wanita berusia 48 tahun itu, peminatnya itu tetap melakukan perbuatan tersebut walaupun sudah dihalang olehnya.



"Ada seorang wanita yang mengambil gambar anak saya, Gia. Walaupun dah meminta dia untuk pergi tapi dia tidak mengendahkan perkara itu.

"Dia juga terus memeluk dan mencium bibir Gia dengan erat, kemudian memuji Gia sebelum berlalu pergi," katanya.

Dalam pada itu Preity berharap orang disekelilingnya menghormati privasi dirinya terutama ketika meluangkan masa bersama dengan keluarga.

Tambah Preity, dia tidak mahu menegur wanita itu dengan cara yang kasar memandangkan statusnya sebagai seorang selebriti.



"Wanita itu tinggal di kawasan perumahan kami, saya dan anak perempuan saya sering bermain di taman.

"Kalau saya ini bukan selebriti, mungkin saya akan bertindak secara emosi tetapi saya cuba bertenang kerana tidak mahu ada masalah," ujarnya.

Untuk rekod, Preity Zinta berkahwin dengan Gene Goodenough yang berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough. - CARI


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 11-4-2023 09:42 AM
Lah? Pasal anak pun, nak mikior kau celeburiti kah?
Mana penting, status ke kesihatan/keselamatan anak? Cium mulut kot, kang dpt Herpes ke, ewww.
Kang besok2, anak kau kena kidnap, kau biar je tau. Yelah, nnti org ambik gambar kau menjerit2 mcm org gila. Kau kan standard Hollywood.
Quote mamajawie 11-4-2023 09:45 AM
dia ni sama cam si priyanka chopra..anak dari hasil ibu tumpang..
Quote margo20 11-4-2023 02:57 PM
Good enough
Quote KirazMevsimi 11-4-2023 05:08 PM
aduhhh not good not good
Quote KirazMevsimi 11-4-2023 05:09 PM
amendeeee la kebulur sangat nak shium² anak orang. kat mulut pulak tu. eeee
Quote beatgirlX 13-4-2023 02:02 AM
Kalau aku pun melentinggg...
Quote tipah89 13-4-2023 12:01 PM
cium kat mulut kot, kalau aku yg bukan selebrity ni pun melenting geli weyh..
Quote marchikobonzo 17-4-2023 02:45 PM
Gila cium anak orang kat mulut pulak tu..kang tak pasal sakit budak tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.107248 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top