"Ada seorang wanita yang mengambil gambar anak saya, Gia. Walaupun dah meminta dia untuk pergi tapi dia tidak mengendahkan perkara itu.
"Dia juga terus memeluk dan mencium bibir Gia dengan erat, kemudian memuji Gia sebelum berlalu pergi," katanya.
Dalam pada itu Preity berharap orang disekelilingnya menghormati privasi dirinya terutama ketika meluangkan masa bersama dengan keluarga.
Tambah Preity, dia tidak mahu menegur wanita itu dengan cara yang kasar memandangkan statusnya sebagai seorang selebriti.
"Wanita itu tinggal di kawasan perumahan kami, saya dan anak perempuan saya sering bermain di taman.
"Kalau saya ini bukan selebriti, mungkin saya akan bertindak secara emosi tetapi saya cuba bertenang kerana tidak mahu ada masalah," ujarnya.
Untuk rekod, Preity Zinta berkahwin dengan Gene Goodenough yang berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough. - CARI
Sumber: mStar