CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dibogel, Dibelasah Penduduk Kampung Gara-gara Disangka Nak Curi Burung

10-4-2023 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 885| Komen: 11

Bukan sahaja dibogelkan, malah seorang lelaki dibelasah sekumpulan penduduk sehingga mati.

Dalam kejadian di kawasan perumahan di jalan Bhayangkara, Kecamatan Padang Hilir, Kota Tebingtinggi di Indonesia, pada Khamis lalu, mangsa dikejar penduduk selepas dituduh hendak mencuri burung.



Keluarga mangsa yang dipukul sehingga mati kerana dituduh mencuri burung. foto Anugrah Nasution

Ketika kejadian, mangsa berusia 27 tahun tercegat di atas teres rumah seorang penduduk, lapor Tribun Medan.

Pemilik rumah yang tidak mengenali mangsa mengesyaki lelaki itu hendak mencuri burung peliharaannya sebelum mengejar mangsa.

Mangsa yang melarikan diri kemudian ditangkap oleh penduduk dan dipukul beramai-ramai.

Dalam satu rakaman video, kelihatan berpuluh-puluh orang memukul dan membogelkan mangsa sambil digari.

Muka mangsa berlumuran darah dan keadaannya lemah, turut memohon maaf dan memberitahu dia mempunyai seorang isteri dan dua anak.


Ketua Perhubungan Awam Polis Tebingtinggi, AKP Agus Arianto mengesahkan kejadian itu.

Selepas dipukul, mangsa dibawa ke hospital. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Susulan kejadian itu, Agus berkata, Unit Siasatan Jenayah Polis Tebingtinggi sedang menjalankan siasatan dan beberapa individu telah dipanggil polis dan merakamkan keterangan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 10-4-2023 03:49 PM
tangkap dan bawa ke balai polis sudahlah...ini sia2 dah jadi kes bunuh.
Quote SWORKS27 10-4-2023 03:58 PM
mohon kerajaan bertanggungjawab ke atas pembunuh
Quote Moyangkucing 10-4-2023 05:31 PM
Indon ni memang suka bogelkan orang eh? Abis semua kes nak dibogelkan nya.
Suka tengok orang lain punya 'barang' agaknya puak ni.
Quote Decaffeinated 10-4-2023 05:37 PM
Nama tempat 'Tebing Tinggi' ni feveret org melayu dari Sumatera sampai ke Thailand pun ada.
Quote Carcosa 10-4-2023 05:40 PM
Kenapa mangsa tercegat di atas teres rumah seorang penduduk?
Quote zarulnazmi 11-4-2023 07:47 AM
sinetron dengan reality sama je. ada part orang kampung tuduh, kejar dan belasah orang sesuka hati tanpa dibawa ke pihak berkuasa.
Quote doubleharmonic 11-4-2023 10:09 AM
mana gambar bogel
Quote noell 11-4-2023 12:56 PM

awat sis bulan2 posa pun hadap nak tgk gambaq bogey ka camna??bkn setan dh kena ikatka camna??
Quote kakikuDibibirmu 11-4-2023 01:01 PM
No picture no believe agaytewww
Quote supernaturalee 11-4-2023 01:16 PM
haiyoooo
editor pilih gmbr mak tgh menetek ke tu


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.275362 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top