Seorang mutawif, Abu Khaleef, menceritakan pengalaman menguruskan seorang jemaah Malaysia yang meninggal dunia di Makkah. Menurut Khaleef, arwah yang dikenali sebagai Neeshah menjadi mangsa kemalangan pada 2 April lalu ketika melintas jalan selepas selesai menunaikan solat tarawih dan tidak dapat diselamatkan setelah dikejarkan ke hospital.
Abu Khaleef mengakui ia adalah satu pemergian yang sangat mulia dan menyatakan arwah merupakan seorang Muslimah, isteri dan ibu yang baik. "Meninggal di sebaik-baik tempat dalam bulan yang terbaik setelah mengerjakan sebaik-baik amal. Disolatkan dan didoakan oleh jutaan umat Islam di dalam Masjidil Haram. "Pasti ada kebaikan pada dirimu yang menyebabkan Allah menghadiahkan sebuah kematian yang begitu mulia," ujar Abu Khaleef dalam perkongsiannya di TikTok. Abu Khaleef memaklumkan arwah Neesha dikebumikan di tanah perkuburan Maqbarah Soraya.
Dalam video itu dapat dilihat beberapa jemaah mengiringi jenazah arwah Neesha sehingga ke liang lahad serta seorang lelaki dipercayai wakil keluarga arwah sedang berlinangan air mata kerana kehilangan yang tersayang. Wakil dari agensi umrah Harmoni yang mahu dikenali sebagai Hashim memberitahu urusan pengebumian dipermudahkan dari awal sehingga akhir. "Jenazah Neesha Abdullah telah selamat dikebumikan Alhamdulillah. Malam tadi Allah ambil dia selepas solat tarawih, MasyaAllah dia masih dalam keadaan berwuduk lagi. "Dan semua proses untuk menguruskan jenazah Neesha berjalan lancar, ini tanda orang-orang yang, pergi dalam keadaan husnul khatimah. Kita doakan dia menjadi insan pilihan syurga," kata Hashim. Lelaki yang merupakan abang kepada arwah Neesha sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk membantu menguruskan kakaknya. "InsyaAllah dia dalam keadaan yang paling sempurna pada saya di bulan yang mulia," ujar lelaki itu. Di ruangan kapsyen video itu juga Abu Khaleef mengatakan ia adalah satu penghormatan untuknya menguruskan jemaah arwah Neesha dan banyak perkara baharu yang dipelajarinya. "Sebelum ni biasa dengar sahaja jemaah Malaysia meninggal di tanah suci, belum ada pengalaman sendiri. "Kali ni Allah hadirkan depan mata, dari lokasi kemalangan, bawa ke hospital, dapatkan pengesahan kematian, berurusan dengan embassy, naik turun balai polis dan berurusan dengan bilik mayat. "Seterusnya pergi ke bilik mandian jenazah, bawa jenazah ke Masjidil Haram dan akhirnya urusan pengkebumian di Maqbarah Soraya. Banyak sangat ilmu baru yang dapat dipelajari dari pengalaman kali ini. "Pihak Harmony Excellence ada buat Google live dengan semua ahli keluarga, dari Masjidil Haram hingga ke perkuburan. Sayu sangat apabila dengar suara tangisan ahli keluarga di Malaysia," cerita Abu Khaleef. Abu Khaleef berkata semua ahli keluarga reda dengan pemergian Neesha dan memberikan kata-kata penguat semangat kepada suami arwah di tanah suci. "Bila kami sampai di tanah perkuburan dengan van jenazah, Hashim (wakil Harmony Excellence) sudah standby dekat sana dengan petugas yang lain. "Suami dan adik arwah sama-sama masuk ke liang lahad dan semua berpuas hati dan bersedia untuk melepaskan arwah Neesha," jelas Abu Khaleef menutup perkongsian. -CARI Sumber: mStar
|
becir: takde sapa mintak meninggal se ...
selipar_hijau replied at 10-4-2023 02:16 PM
sape la yg start dgn ayat2 kematian yg dicemburui ni, annoying la
selipar_hijau replied at 10-4-2023 02:16 PM
sape la yg start dgn ayat2 kematian yg dicemburui ni, annoying la
kakikuDibibirmu replied at 10-4-2023 05:04 AM
Kematian yang dicemburui ummah
faraway1 replied at 10-4-2023 06:12 PM
Takpa, nanti pi mekah, boleh melintas jalan tanpa pandang kiri kanan, insya Allah syurga menanti. ...
tompie replied at 10-4-2023 02:57 PM
Mati kat tanah haram memang kematian yang dicemburui..
bile jenazah dapat disolatkan oleh berjuta2 ...
faraway1 replied at 10-4-2023 06:12 PM
Takpa, nanti pi mekah, boleh melintas jalan tanpa pandang kiri kanan, insya Allah syurga menanti. ...
Carcosa replied at 10-4-2023 02:24 PM
KANNN?? Berkerut2 kening meols baca.
Pelik2 je
ADVERTISEMENT