View: 1649|Reply: 28
|
Wanita Malaysia Meninggal Dunia Di Makkah Di Bulan Ramadan, Dilanggar Kereta Selepas Solat Tarawih
[Copy link]
|
|
Seorang mutawif, Abu Khaleef, menceritakan pengalaman menguruskan seorang jemaah Malaysia yang meninggal dunia di Makkah.
Menurut Khaleef, arwah yang dikenali sebagai Neeshah menjadi mangsa kemalangan pada 2 April lalu ketika melintas jalan selepas selesai menunaikan solat tarawih dan tidak dapat diselamatkan setelah dikejarkan ke hospital.
Abu Khaleef mengakui ia adalah satu pemergian yang sangat mulia dan menyatakan arwah merupakan seorang Muslimah, isteri dan ibu yang baik.
 Foto: mStar
"Meninggal di sebaik-baik tempat dalam bulan yang terbaik setelah mengerjakan sebaik-baik amal. Disolatkan dan didoakan oleh jutaan umat Islam di dalam Masjidil Haram.
" asti ada kebaikan pada dirimu yang menyebabkan Allah menghadiahkan sebuah kematian yang begitu mulia," ujar Abu Khaleef dalam perkongsiannya di TikTok.
Abu Khaleef memaklumkan arwah Neesha dikebumikan di tanah perkuburan Maqbarah Soraya.
Dalam video itu dapat dilihat beberapa jemaah mengiringi jenazah arwah Neesha sehingga ke liang lahad serta seorang lelaki dipercayai wakil keluarga arwah sedang berlinangan air mata kerana kehilangan yang tersayang.
Wakil dari agensi umrah Harmoni yang mahu dikenali sebagai Hashim memberitahu urusan pengebumian dipermudahkan dari awal sehingga akhir.
"Jenazah Neesha Abdullah telah selamat dikebumikan Alhamdulillah. Malam tadi Allah ambil dia selepas solat tarawih, MasyaAllah dia masih dalam keadaan berwuduk lagi.
"Dan semua proses untuk menguruskan jenazah Neesha berjalan lancar, ini tanda orang-orang yang, pergi dalam keadaan husnul khatimah. Kita doakan dia menjadi insan pilihan syurga," kata Hashim.
Lelaki yang merupakan abang kepada arwah Neesha sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk membantu menguruskan kakaknya.
"InsyaAllah dia dalam keadaan yang paling sempurna pada saya di bulan yang mulia," ujar lelaki itu.
Di ruangan kapsyen video itu juga Abu Khaleef mengatakan ia adalah satu penghormatan untuknya menguruskan jemaah arwah Neesha dan banyak perkara baharu yang dipelajarinya.
"Sebelum ni biasa dengar sahaja jemaah Malaysia meninggal di tanah suci, belum ada pengalaman sendiri.
"Kali ni Allah hadirkan depan mata, dari lokasi kemalangan, bawa ke hospital, dapatkan pengesahan kematian, berurusan dengan embassy, naik turun balai polis dan berurusan dengan bilik mayat.
"Seterusnya pergi ke bilik mandian jenazah, bawa jenazah ke Masjidil Haram dan akhirnya urusan pengkebumian di Maqbarah Soraya. Banyak sangat ilmu baru yang dapat dipelajari dari pengalaman kali ini.
" ihak Harmony Excellence ada buat Google live dengan semua ahli keluarga, dari Masjidil Haram hingga ke perkuburan. Sayu sangat apabila dengar suara tangisan ahli keluarga di Malaysia," cerita Abu Khaleef.
Abu Khaleef berkata semua ahli keluarga reda dengan pemergian Neesha dan memberikan kata-kata penguat semangat kepada suami arwah di tanah suci.
"Bila kami sampai di tanah perkuburan dengan van jenazah, Hashim (wakil Harmony Excellence) sudah standby dekat sana dengan petugas yang lain.
"Suami dan adik arwah sama-sama masuk ke liang lahad dan semua berpuas hati dan bersedia untuk melepaskan arwah Neesha," jelas Abu Khaleef menutup perkongsian. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Husnul khatimah.. bestnye |
|
|
|
|
|
|
|
takde sapa mintak meninggal sebab kena langgar, cemburu is not the right word |
|
|
|
|
|
|
|
sape la yg start dgn ayat2 kematian yg dicemburui ni, annoying la |
|
|
|
|
|
|
|
pemergian yang sangat mulia di bulan yang mulia, tempat yang mulia.. |
|
|
|
|
|
|
|
becir: takde sapa mintak meninggal se ...
KANNN?? Berkerut2 kening meols baca.
Pelik2 je |
|
|
|
|
|
|
|
kaaannnn..
"kematiannya dicemburui" ah gitewww..
entah apa2
|
|
|
|
|
|
|
|
Mati kat tanah haram memang kematian yang dicemburui..
bile jenazah dapat disolatkan oleh berjuta2 orang memang kematian yang dicemburui..
Mati dlam keadaan beribadah, dalam hati niat nak beribadah banyak2 kat tanah haram .. ini memang impian kematian aku..
Apa pun asbab kematian, kita mati jugak.
pada aku takde masalah sebab aku mmg mencemburui kematian sebegitu.
Semoga Allah matikan kita dalam Khusnul Khotimah amiiin
|
|
|
|
|
|
|
|
cemburu aku pada yang tak cemburu untuk kematian yang dicemburui |
|
|
|
|
|
|
|
kannn...ingatkan sya je yg annoyed dengan kata2 sedemikan
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Al-Fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Kematian yang dicemburui ummah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by faraway1 at 10-4-2023 05:14 AM
Meninggal dilanggar melintas jalan yea..
Ramai meninggal camtu di Malaysia, cemburu apa disitu..
Hanya menunjukkan tak reti pandang kiri kanan....
Ok hanya kerana meninggal dilanggar di mekah So ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpa, nanti pi mekah, boleh melintas jalan tanpa pandang kiri kanan, insya Allah syurga menanti. |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 10-4-2023 06:12 PM
Takpa, nanti pi mekah, boleh melintas jalan tanpa pandang kiri kanan, insya Allah syurga menanti. ...
Haruslah tak payah pandang kiri kanan, baharulah ihdinas sirotol mustaqim |
|
|
|
|
|
|
|
tompie replied at 10-4-2023 02:57 PM
Mati kat tanah haram memang kematian yang dicemburui..
bile jenazah dapat disolatkan oleh berjuta2 ...
Kan...mmg patut dicemburui supaya we aim to die in husnul khatimah juga.
Kena langgar tu asbab kematian je alahai mereka ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 10-4-2023 06:12 PM
Takpa, nanti pi mekah, boleh melintas jalan tanpa pandang kiri kanan, insya Allah syurga menanti. ...
Tu dah masuk dlm kategori bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
Sape2 yg penah belanggar or eksiden mesti penah terpikir knp la dlm ramai2 aku yg kena??...so takde makna nak cemburu sbb mati eksiden |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 10-4-2023 02:24 PM
KANNN?? Berkerut2 kening meols baca.
Pelik2 je
Yelah orang kita asalkan mati kat mekah je ok.. tak kisahla kena hempap ngan kren ke mati kena pijak beramai2 ke..gitula mentality  |
|
|
|
|
|
|
|
Meninggal kerana dilanggar hanyalah asbab. Yg dicemburui itu ialah saat kematiannya di bulan Ramadhan, selepas solat tarawikh dn di Tanah Haram. Neesha adalah insan terpilih yg dijemput pergi semasa di Mekah, dlm ketaqwaan menyusuri jalan yg diredhai Allah, jenazahnya disolatkan ramai jemaah di Masjidil Haram dn dikebumikan di Tanah Haram. Tidak ada kematian yg lebih mulia bagi seorang muslimin melainkan ketika dia sedang mencari keredhaan Allah yg Maha Esa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|