Tindakan seseorang dipercayai berunsur khianat membaling bom petrol (cocktail petrol) mengakibatkan bahagian hadapan sebuah rumah di Jalan Taming Sari 1, Taman Taming Jaya, Cheras, terbakar.
Mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.45 pagi tadi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kebakaran membabitkan bahagian hadapan rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, kebakaran itu dipercayai berlaku akibat bom petrol (cocktail petrol) yang dibaling seseorang disyaki mempunyai unsur khianat.
"Tiada struktur yang terjejas dan hanya membabitkan rak kasut sahaja yang terbakar," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT