CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

Depan Rumah Terbakar Dibaling Cocktail Petrol

[Copy link]
Post time 7-4-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan seseorang dipercayai berunsur khianat membaling bom petrol (cocktail petrol) mengakibatkan bahagian hadapan sebuah rumah di Jalan Taming Sari 1, Taman Taming Jaya, Cheras, terbakar.


Mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.45 pagi tadi, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.




BAHAGIAN hadapan sebuah rumah di Jalan Taming Sari 1, Taman Taming Jaya, Cheras, Kajang, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol (cocktail petrol), hari ini. FOTO Ihsan Bomba




"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kebakaran membabitkan bahagian hadapan rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, kebakaran itu dipercayai berlaku akibat bom petrol (cocktail petrol) yang dibaling seseorang disyaki mempunyai unsur khianat.


"Tiada struktur yang terjejas dan hanya membabitkan rak kasut sahaja yang terbakar," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.132065 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list