Empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Bahagia 26, Taman Sri Bahagia, Cheras, terbakar awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.33 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kebakaran membabitkan empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di lokasi kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, empat kenderaan yang terbabit adalah Suzuki Swift, Audi QS, Perodua Myvi dan Produa Axia. "Kereta Audi QS dan Perodua Myvi terbabit dianggarkan terbakar 80 hingga 90 peratus, manakala dua lagi kenderaan masing-masing terbakar 10 peratus.
"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT