CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 4

Misteri 4 Kereta Terbakar Di Cheras

[Copy link]
Post time 7-4-2023 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Bahagia 26, Taman Sri Bahagia, Cheras, terbakar awal pagi tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.33 pagi dan mengerahkan tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn ke lokasi kejadian.




KERETA Perodua Myvi dan Audi QS yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Bahagia 26, Taman Sri Bahagia, Cheras, Kajang, terbakar, awal pagi tadi. FOTO Ihsan BOMBA




"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kebakaran membabitkan empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di lokasi kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, empat kenderaan yang terbabit adalah Suzuki Swift, Audi QS, Perodua Myvi dan Produa Axia.


"Kereta Audi QS dan Perodua Myvi terbabit dianggarkan terbakar 80 hingga 90 peratus, manakala dua lagi kenderaan masing-masing terbakar 10 peratus.


"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. Kesiannya siapa berhati hitam hijau merah biru setan sangat sangat ni.
Celakalah hidup kamu rosakkan barangan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Case letak tepi jalan ada orang sakit hati. Jahatnya perangai bakar kereta orang. Sian betul pada ownership kereta tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 10:25 AM | Show all posts
Possible tak kalau terbakar disebabkan budak2 main mercun/bunga api?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam jumaat dan semoga dipermudahkan urusan (spam komen ala facebook)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:20 PM GMT+8 , Processed in 1.139591 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list