Padah menakutkan orang ramai dengan menjadi 'pocong', seorang remaja dibelasah beberapa penduduk kampung. Kompas dipetik Kosmo! Online melaporkan, berdasarkan video dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48, kejadian berlaku di tepi jalan di Demak, Jawa Tengah.
Menerusi video itu, remaja berkenaan dihampiri beberapa individu sebelum ditendang sehingga terjatuh. Mereka kemuadian mengangkutnya ke trak pikap untuk dibawa ke balai polis. Susulan kejadian, Ketua Polis Demak, Budi Adhy Buwono mengesahkan pihaknya menangkap dua remaja lelaki yang berpura-pura menjadi pocong di kawasannya untuk tujuan bergurau.
Selain itu, sehelai kostum hantu pocong dirampas dan remaja terbabit dihantar kepada keluarga masing-masing. Tambah Budi, mereka diminta membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan keresahan kepada penduduk pada masa akan datang sebagai jaminan. - CARI
|
sangbara2020 replied at 7-4-2023 08:48 AM
aritu yg nampak org ambik video pocong lompat sikit2..ingatkan tipu sekali last dia lompat tinggi gi ...
jari10 replied at 7-4-2023 08:56 AM
Bukan bergolek ya spesis ni
sangbara2020 replied at 7-4-2023 08:48 AM
aritu yg nampak org ambik video pocong lompat sikit2..ingatkan tipu sekali last dia lompat tinggi gi ...
ADVERTISEMENT