Padah menakutkan orang ramai dengan menjadi 'pocong', seorang remaja dibelasah beberapa penduduk kampung.
Kompas dipetik Kosmo! Online melaporkan, berdasarkan video dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48, kejadian berlaku di tepi jalan di Demak, Jawa Tengah.
IG
Menerusi video itu, remaja berkenaan dihampiri beberapa individu sebelum ditendang sehingga terjatuh.
Mereka kemuadian mengangkutnya ke trak pikap untuk dibawa ke balai polis.
Susulan kejadian, Ketua Polis Demak, Budi Adhy Buwono mengesahkan pihaknya menangkap dua remaja lelaki yang berpura-pura menjadi pocong di kawasannya untuk tujuan bergurau.
Selain itu, sehelai kostum hantu pocong dirampas dan remaja terbabit dihantar kepada keluarga masing-masing.
Tambah Budi, mereka diminta membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan keresahan kepada penduduk pada masa akan datang sebagai jaminan. - CARI
Kat tempat saya dalam bulan puasa pulak budak2 caprut ni buat perangai.
Cuma sejak PKP Covid sehingga hari ni tak de kenampakan dah.
Derang ni akan berdiri kat bawah pokok kat are gelap ngan pakai topeng hantu, selimut/telekung putih. Kadang tu berdiri kat pembahagi jalan.
Tak tau la skrg tak nampak kelibat derang ni sebab dah mati dek covid ke atau dah bertaubat atau dah tukar pot lain
..dah agak dah mesti dekat indon kejadian ni. Kat sini pun gemar menjelma jadi pocong sebab nak cover line 'kampung' penempatan dalam kawasan hutan tu. Nak bagi nampak real, dia akan pegang sehelai kain berwarna hitam bila ada orang perasan dia akan angkat kain tu untuk capai efek menghilang dari pandangan mata yang melihat..
Post time 8-4-2023 06:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sangbara2020 replied at 7-4-2023 08:48 AM
aritu yg nampak org ambik video pocong lompat sikit2..ingatkan tipu sekali last dia lompat tinggi gi ...
Dedolu tahun 90an..iols slalu ikut ayah iols gi rumah tok sedara di langat ..
Pkl 8 malam dah sunyi sepi..bila lalu sungai serai..selalunya situ ada pocong..
Mmg lompatnya lebih tinggi bak kata Sheila on 7..
Takde nak sikit2 mcm kita lompat neh..