Pelakon Emma Maembong mengalami alahan lebih teruk pada kehamilan keduanya. Walaupun mengalami alahan lebih teruk pada kehamilan keduanya, Emma Maembong bersyukur masih mampu berpuasa penuh dan menjalani aktiviti harian seperti biasa.
“Jika mahu dibandingkan, alahan mengandung anak kedua ini lebih teruk. Tetapi, saya tetap bersyukur apabila dapat puasa penuh. “Kalau mengandung anak pertama dahulu tak boleh puasa langsung, tetapi alahan biasa sahaja. Untuk kali ini situasinya terbalik pula. “Kadang-kadang kalau makan saya akan muntah semula dan perkara ini berlaku sampai sekarang,” katanya. Mengulas mengenai perkembangan dirinya, Emma berkata kandungannya kini sudah memasuki trimester ketiga dan bakal melahirkan anak kedua pada 6 Mei depan. Bagaimanapun kata Emma, dia dinasihati doktor supaya bersedia antara tiga hingga empat minggu lebih awal.
“Doktor maklumkan sepatutnya tarikh kelahiran pada 6 Mei depan, tetapi mengikut pengalaman pertama, anak akan lahir antara tiga hingga empat minggu awal daripada tarikh diberikan. “Jadi, doktor memaklumkan untuk saya bersedia pada 15 hingga 19 April ini. Kalau ikutkan sekarang saya sudah mula rasa mengah. “Kali terakhir buat pemeriksaan doktor mendapati bayi sudah berada di posisi betul dan saya perlu bersedia,” katanya. Menyentuh mengenai persiapan pula, Emma berkata kali ini dia hanya bersederhana terutama dalam membeli barangan keperluan bayi. “Kali ini saya pakai mana yang ada sahaja. Tidak mahu terlalu boros, lagi pula barang-barang Shariq Gabriel masih elok. “Saya banyak belajar dari kehamilan pertama, dulu saya memang boros beli apa saja…Maklumlah anak pertama, hujung-hujung tak pakai dan membazir saja,” katanya. Sumber: BOOM!
|
Kurex replied at 7-4-2023 12:03 PM
jantan sihat pun tak puasa yach! sanggup tak puasa dek ketagih sedut asap rokok beracun tuh
missbigrockstar replied at 7-4-2023 12:26 PM
Smlm aku pergi pet shop sebelah tu kedai mamak. Jantan tak puasa ramai, muda dan tua, ada yg tgh c ...
dudaberhias replied at 5-4-2023 10:44 PM
mujur la dapat posa dikkk...
ada yang tak mengandung pun tak puasa... tapi gigih duk upload pakai g ...
aechae replied at 9-4-2023 05:15 AM
Tu yg bertudung…ni yg bermisai janggut berhalkum pn gigih x puasa…pastu semangat nk raya bgai…h ...
Kurex replied at 7-4-2023 12:03 PM
jantan sihat pun tak puasa yach! sanggup tak puasa dek ketagih sedut asap rokok beracun tuh
nazzse replied at 9-4-2023 02:29 PM
Kat office I tu pun sama. Semua jantan melayu muslim tak puasa pastu muka tak malu request compan ...
nazzse replied at 9-4-2023 02:29 PM
Kat office I tu pun sama. Semua jantan melayu muslim tak puasa pastu muka tak malu request compan ...
naina replied at 9-4-2023 02:35 PM
Seriuslah..benda ni berlaku sekarang ke u? Bagi iols sangat tak relevan puasa pun tak mampu buat. ...
jihyomelly replied at 7-4-2023 12:30 PM
bagus la puasa..tepi rmh ni kedai nasi kandar pukul 11.20 dah ramai geng plastik itam tua muda lelak ...
naina replied at 9-4-2023 06:35 AM
Seriuslah..benda ni berlaku sekarang ke u? Bagi iols sangat tak relevan puasa pun tak mampu buat. ...
ADVERTISEMENT