CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chot Raja Lawak Bagi Hint Bekas Isteri Tak Bagi Berkomunikasi Dengan Anak

5-4-2023 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 502| Komen: 0

Umum mengetahui mengenai kontroversi rumah tangga Chot Raja Lawak telah berkahwin dengan kakak Syura Badron selepas bercerai dengan isterinya hampir setahun.

Di IG Story dia berkongsi keratan artikel yang menyatakan pasangan selebriti Shakilla Khoriri dan Fizi Ali masih berkomunikasi demi anak walaupun sudah berpisah pada 2021.


Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditinggalkan Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan pada hantaran tersebut.


Foto: XTRA

Chot dilihat seperti memberi bayangan bahawa bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah tidak memberinya ruang untuk berhubung dengan anak mereka selepas bercerai.

“Untunglah ada ruang komunikasi dengan anak!” tulisnya ringkas.




Terdahulu, kecoh di media sosial apabila bekas isterinya itu mendedahkan bahawa perkahwinan mereka berkecai akibat daripada orang ketiga iaitu Zurina Badron dan telah bernikah pada 23 Januari lalu.

Untuk rekod, Chot dan Siti Zafirul berkahwin pada Ogos 2017 namun bercerai pada Mac 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Sher Harraz namun telah meninggal dunia akibat masalah jantung dan Ahmed Sher Hayyaz. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top