CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Aku Tak Dapat Apa Pun Main Konsert Haritu' - Qi Razali

5-4-2023 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3692| Komen: 19

Bekas pemain drum OAG, Qi Razali mendedahkan tidak mendapat sebarang bayaran hasil kejayaan Konsert 30 Tahun Generasiku, Disember tahun lalu.

Qi yang membuat pendedahan itu menerusi satu ciapan ringkas di Twitter, semalam bagaimanapun kemudian memadamnya.



IG

Enggan mendedahkan kenyataan tersebut ditujukan kepada siapa, Qi menyatakan rasa sedihnya apabila nasibnya dan ahli kumpulan tidak dibela biarpun sudah melakukan sehabis baik ketika konsert berlangsung.

Sebelum ini, vokalis kumpulan tersebut, Radhi mendedahkan bahawa penganjuran konsert tersebut mengalami kerugian sehingga terpaksa berhutang dengan ah long.




Dalam pada itu, Qi turut terkenang akan pesanan arwah bapanya, Muhammad Razali Abdullah yang berharap agar dirinya tidak tertipu lagi selepas nekad untuk beraksi di konsert tersebut.

Biarpun tersinggung, Qi tetap meneruskan hasratnya dan mengharapkan hasil pulangan daripada konsert tersebut dapat melunaskan hajatnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah.



Namun, dia turut meluahkan rasa sebaknya apabila hajatnya itu tidak kesampaian apabila bapanya telah meninggal dunia, pada 26 September yang lalu.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phiyya 5-4-2023 03:29 PM
So maksudnya pernah terjadi la isu tak dapat payment ni. No wonder la Qi dengan lagi sorg member terus blah tanpa pandang belakang
Quote sleepandream 5-4-2023 03:37 PM
jangka hayat band ni memang tak lama...
masa OAG mendonia dolu pon member dah buat hal... kalau tak masatu push konsert sampai ke indon boleh pegi...
Quote zeetot 5-4-2023 04:05 PM
Hensem dulu zaman2 apa rancangan jalan2 bajet tu. Rm300.
Quote Nurkaseh01 5-4-2023 04:07 PM
Blah je qi
Quote exclusive_vvip 5-4-2023 04:28 PM
ntah2 yg sorang tu aritu tipu je cakap rugi,pinjam ahlong bagai..nak kaut sorang2 mungkin..
Quote jiwakacau06 5-4-2023 04:34 PM
so duit tu di sekau oleh sapa
Quote ezacbee 5-4-2023 04:38 PM
Kes ni cam pelik je.. Sapalah penyakau???
Quote alesandra 5-4-2023 04:57 PM
Siapa yg organized konsert tu?
Quote Themilo 6-4-2023 07:31 AM
zeetot replied at 5-4-2023 08:05 AM
Hensem dulu zaman2 apa rancangan jalan2 bajet tu. Rm300.

2 hari 1 malam.
Quote sangbara2020 6-4-2023 07:53 AM
buat la tajuk mestika sikit..baru teruja nak membaca
Quote shernazz 6-4-2023 08:00 AM
zeetot replied at 5-4-2023 04:05 PM
Hensem dulu zaman2 apa rancangan jalan2 bajet tu. Rm300.

Destinasi bajet kan..
Nak beli souvenir pung teragak2 je..hahaha..
Quote heythere123 6-4-2023 08:54 AM
Themilo replied at 6-4-2023 07:31 AM
2 hari 1 malam.

bukan rasanya, rancangan dulu 3 hari 2 malam tapi hos pon orang lain. Fazley misai yang jadi mc
Quote Themilo 6-4-2023 09:22 AM
heythere123 replied at 6-4-2023 12:54 AM
bukan rasanya, rancangan dulu 3 hari 2 malam tapi hos pon orang lain. Fazley misai yang jadi mc

destinasi bajet.
Quote areyam 6-4-2023 10:00 AM

mmg syok layan rancangan ni... maklumlah kita nk pi sendiri x mampoo
Quote dudaberhias 6-4-2023 10:07 AM
Kira konsert mek ani lagi untung sebab tak payah gigih nak pinjam ahlong. Tup tup cancel je dan duit tiket entah di refund atau tidak...

Zaman OAG telah berlalu, dah la penyanyi utama pun macam terbeliak macam ikan buntal. Lain2 plak kepam. Memang la payah nak dapat peminat baru dah.

Sam bunkface jugak herlok dan banyak show. Tapi tergamak sorang cikki tu pedajal heols. dah la muka biasa2, tak layak betul sheols dapat sam dulu. Patutnya @Kurex yang dapat. Tapi malangnya di sondol.

Quote myvi132806 6-4-2023 10:35 AM
dudaberhias replied at 6-4-2023 10:07 AM
Kira konsert mek ani lagi untung sebab tak payah gigih nak pinjam ahlong. Tup tup cancel je dan duit ...

kalau kurex yang dapat, mesti dy  jaga helokkk si sam nya sampai hari ni kan kakdud. xde istilah serai berserai ni ..
Quote dudaberhias 6-4-2023 10:39 AM
myvi132806 replied at 6-4-2023 10:35 AM
kalau kurex yang dapat, mesti dy  jaga helokkk si sam nya sampai hari ni kan kakdud. xde istilah s ...

yer kaka... mesti aman bahagia kalau @kurex atau @Themilo yang dapat...hari2 di belai dan di jaga rapi dengan elok... semua keje theyols akan buat...
yang jadi tukang kebun, tukang masak, washing machine dan carwash theyols lah.

sam hanya duduk terkulai je atas katil untuk rehatkan diri sebelum berangkat ke show...


takde la istilah tuntut nafkah anak berlebihan atau hantar anak jauh2 sebab masing2 takde rahim...
yang ada anak kucing jah...



Quote zeetot 7-4-2023 12:01 PM
shernazz replied at 6-4-2023 08:00 AM
Destinasi bajet kan..
Nak beli souvenir pung teragak2 je..hahaha..

I was 8 kot zaman2 tu.
Quote shernazz 7-4-2023 01:07 PM
zeetot replied at 7-4-2023 12:01 PM
I was 8 kot zaman2 tu.


Mak aih..
Uols muda sungguh tarap2 adek bongsu iols kah? Haha...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054852 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top