Hawa Rizwana diusik lagi selepas selepas bergandingan dengan pelakon Zizan Razak dalam drama berjudul Raya. Memetik Kosmo, Hawa bagaimanapun menegaskan hubungan mereka ibarat adik dan abang, apatah lagi dia sudah mengenali Zizan sejak terbabit dalam industri penyiaran sekitar 2016.
“Boleh dikatakan kami sudah lama berkawan iaitu sejak saya jadi wartawan penyiaran lagi kerana pernah menemu bual dia sebelum ini. “Kami tiada apa-apa (hubungan) pun, tak lebih daripada rakan. Saya anggap Zizan macam abang dan senior dalam industri seni. “Kebelakangan ini pula kami kerap dilihat bersama kerana terbabit dalam telefilem sempena Aidilfitri bawah arahan Michael Ang. “Zizan jenis kuat mengusik dan suka kongsi gambar ketika penggambaran dalam media sosial. Mungkin dari situ orang salah sangka,” katanya yang memegang watak isteri kepada Zizan.
Bercerita soal hati, Hawa menjelaskan perjalanannya masih panjang kerana banyak lagi kembara perlu ditempuhi dalam usaha menggapai impian. “Itu juga antara sebab saya lebih selesa tidak melayan usikan atau gosip kerana meletakkan tanggungjawab terhadap kerja, berbanding peribadi,” jelasnya sekali gus menepis semua gosip. Sumber: Kosmo
|
heythere123 replied at 6-4-2023 08:54 AM
bagus hawa set boundary awal2, sebab heols ni kuat perasan
ADVERTISEMENT