CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rasakan! Nak Sangat Adik! Ingat Senang Jaga Budak? "-Siti Nordiana Penuhi Permintaan Anak Bujang Nak Adik

5-4-2023 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4654| Komen: 3

Siti Nordiana  memenuhi permintaan anaknya, Rayyan Nakhaie yang teringin untuk mempunyai adik.

Di TikTok, Nana telah mengambil anak rakan baiknya yang bernama Ariq dan meminta Rayyan untuk menjaganya.


Lebih menarik lagi, Nana telah menyatakan kepada anaknya itu bahawa dia sudah mengambil anak angkat untuk memenuhi permintaannya.

Foto: IG

“Cuba pujuk dia Rayyan, mama dah ambil anak angkat ni. Hari ni mama nak Rayyan jaga dia sampai dia tak nangis,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, bayi yang bernama Ariq itu kelihatan takut dan sering menangis apabila dirinya didekati Rayyan.



Akur dengan arahan ibunya, Rayyan tetap menjaga Ariq dengan sehabis baik biarpun memerlukan bantuan daripada ibunya, Nana.


Geli hati melihat gelagat anak lelakinya itu, Nana tampil berterus terang dengan anaknya dengan menyatakan bahawa Ariq itu merupakan anak kepada kawan baiknya.



“Rasakan! Nak sangat adik! Mama bagi adik! Ingat senang jaga budak?,” tulisnya di kapsyen. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-4-2023 12:17 PM
kesiannya rasanya anak dia lonely... dah la anak tunggal kan... nana pun masih hot meletopz... harap2 dapat la cari pasangan... asalkan bukan yang menonggeng kehausan sampai ke subuh... kalau yang tu sampai ke kiamat la ryan tak merasa ada adik...

Quote cikperiukkera 5-4-2023 12:20 PM
Dh bsr ank nana ni..mcm kakak dgn adik jer dorg.. btw ank nana ni pn ada adik kandung kn? Dari bini baru arwah faizal?
Quote talapia 5-4-2023 12:40 PM
cikperiukkera replied at 5-4-2023 12:20 PM
Dh bsr ank nana ni..mcm kakak dgn adik jer dorg.. btw ank nana ni pn ada adik kandung kn? Dari bini  ...

oh ha'ah kan..
kiranya dia ada adik sebapa la sebenarnya.. tapi maybe tak rapat kot.
lagipon arwah ayahnya pon dah takde.. takde sape jadi penghubung antara mereka..
Nana n balu arwah pon tak rapat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035813 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top