Kira-kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) menuntut wang yang keseluruhannya dianggarkan RM1.8 juta serta pasport dikembalikan selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan.
Seorang daripada mangsa Sharul Azuan Mohd Said, 46, berkata dia kecewa selepas hasrat untuk menunaikan umrah dan menyambut Ramadan di Tanah Suci tidak kesampaian. Penolong Pegawai Perubatan Hospital Seremban itu berkata, dia sudah membuat bayaran penuh sebanyak RM43,000 iaitu bayaran pertama RM25,000 pada 3 Disember lalu dan selebihnya pada 26 Januari lalu untuk dia, isterinya dan tiga anaknya menunaikan umrah. "Kami jual kereta untuk capai niat tunai umrah pada Ramadan, sebelum ini saya sudah menunaikan umrah namun dengan agensi lain. "Seminggu sebelum tarikh penerbangan dijanjikan iaitu 22 Mac, mereka masih tak bagi apa-apa maklumat termasuk visa dan sebagainya menyebabkan saya rasa curiga.
"Apabila tanya dalam kumpulan sembang WhatsApp pihak agensi hanya berdiam diri. Telefon tak berangkat. Apabila pergi ke pejabatnya, kami diberi tarikh penerbangan lain, tunda kepada 29 Mac namun tiba tarikh itu, ditunda lagi ke 1 April kemudian terus senyap. Apabila kita pergi ke pejabatnya, sudah tutup," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Dia antara sekumpulan 70 jemaah umrah berkenaan yang membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu berkenaan dengan sebaik mungkin. "Kejadian seperti ini berlaku berulang kali setiap kali musim umrah dan haji. Mangsa sama ada terkandas di lapangan terbang atau hotel. Malah ada yang tak balik ke kampung, malu dah buat kenduri kesyukuran. "Syarikat betul satu hal dan syarikat 'scam' pun banyak. Nak tahu ke mana duit (bayaran kepada agensi untuk tunai umrah) itu pergi? "Saya tidaklah nak mengatakan agensi diadukan ini adalah tak betul, tetapi ia jelas sudah membabitkan kegagalan apabila jemaah gagal menunaikan umrah. "Masalah terkini berkait harga tiket, hotel tetapi ini sebenarnya masalah tahunan yang sewajarnya sudah ada persediaan," katanya. Kelmarin, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji. TH dalam kenyataannya, berkata keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan. Jumaat lalu turut berlaku kekecohan di pejabat syarikat terbabit selepas kira-kira 60 bakal jemaah umrah menyerbu pejabat bagi menuntut semula bayaran yang dijelaskan. Susulan kekecohan terbabit, syarikat itu kemudian mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan trip sempena Ramadan disebabkan kenaikan mendadak kos dari segi penginapan dan tiket kapal terbang. Katanya, ia berikutan permintaan tinggi seluruh dunia selepas kelonggaran pada sekatan Covid-19 di Arab Saudi berbanding Ramadan tahun sebelumnya. Sumber: HARIAN METRO |
alesandra replied at 4-4-2023 05:33 PM
Dah penah pegi umrah tapi sampai jual kete sbb nak pegi lagi satu family.aku harap dia ni bukanlahla ...
alesandra replied at 4-4-2023 05:33 PM
Dah penah pegi umrah tapi sampai jual kete sbb nak pegi lagi satu family.aku harap dia ni bukanlahla ...
tahanie replied at 4-4-2023 05:44 PM
Kenapa tak guna agensi yang memang tahu credible? TH travel, andalusia?
tahanie replied at 4-4-2023 05:44 PM
Kenapa tak guna agensi yang memang tahu credible? TH travel, andalusia?
che-cikL replied at 4-4-2023 07:51 PM
Mungkin dia terpengaruh dgn iklan2 yg Emraz buat, mmg agak nampak credible di situ. Masa Kerajaan ...
rikiruj replied at 5-4-2023 10:45 AM
Perlu ke buat kenduri kesyukuran bila nak buat umrah?…
uda replied at 4-4-2023 10:01 PM
Memang dua syarikat di punya rekod baik,credible.
I pergi umrah februari lalu. I tak pilih dua sya ...
tikusmontok replied at 5-4-2023 11:20 AM
Dekat jauh hotel tu bergantung pakej yg uols ambik. Iols pegi ngan dua2 agensi tu, dok 50m jer dar ...
sufi^_^ replied at 5-4-2023 11:27 AM
Kalau haji yang wajib pun jadi gugur kewajiban kalau sampai nak kena jual kenderaan (melainkan ada k ...
Firenzza replied at 4-4-2023 06:39 PM
Dah knp sampai jual kereta? End up kena tipu, benda sunat kan....anggap la duit hangus kiffarah
ADVERTISEMENT